Buat Sendiri Serbuk Cendawan, Tambah Rasa Dalam Masakan. Sedap!

Sedapnya kalau tambahkan serbuk cendawan dalam masakan. Rasanya berbeza dari serbuk perasa atau garam. Rasa makanan akan jadi berlemak dan rasanya juga tidak terlalu masin.

Jika mahu dibeli di pasaran, serbuk cendawan dijual dengan harga yang mahal. Untuk jimat, ia boleh dibuat sendiri. Tak susah pun dan boleh juga buat untuk anak. Hasilnya, makanan anak pun akan bertambah enak!

Nawal Yasmin Mat Noh via grup Masak Apa Hari Ni telah berkongsi cara paling mudah untuk menghasilkan serbuk cendawan ini.

Pertama kali buat Mushroom Seasoning. Sangat senangg rupanya 😍 Bakar 20min dalam oven/airfryer then blend 1 min dengan TM6. Terus jadi serbuk halus 👏🏻👏🏻

Bahan Yang Guna Cuma:

  • 100g dried mushroom

  • 50g garam
  • 50g gula

Itu sahaja 👏🏻👏🏻

Menurut Nawal, hanya perlu basuh cendawan yang dibeli dan boleh terus dibakar.

Sekiranya anda mahu buat serbuk cendawan untuk anak, bolehlah gantikan garam dan gula dengan ikan bilis. Serbuk cendawan ini bukan saja boleh dicampurkan dalam bubur anak tetapi masakan lain untuk memberi rasa umami yang enak. Selamat mencuba!

Sumber: Pa&Ma