Rupanya Cara Ni Paling Ramai Suka Buat, Confirm Petai Tahan Lama & Tak Kecut

Rupanya Cara Ni Paling Ramai Suka Buat, Confirm Petai Tahan Lama & Tak Kecut. Bagi peminat petai, tentu selera menjamah hidangan jika ada dalam hidangan.

Bagi nak tahu cara simpan petai paling mudah dan kekal fresh dan tahan lama adalah dalam peti sejuk. Nak caranya ikuti cara yang dikongsikan oleh Ummi Kalsum Hassian dan Ila de Laila ini.

Boleh jimat dan masak bila-bila masa je yang kita nak.

Tip 1: Simpan Dalam Freezer

Cara-Caranya:

  • Mula-mula saya buang kulit.
  • Kemudian saya rendam dengan air garam dalam 10-15 minit (nk bg ulat keluar).
  • Lepas tu saya basuh dan tapis air.
  • Akhir sekali masuk dalam bekas dan bekukan (kering tanpa air). Boleh juga pekkan
  • kecil-kecil ikut kuantiti yang kita biasa masak.
  • Bila nak guna, bolehlah ambil jumlah yang kita nak saja
  • Oh ya, dari freezer beku tu terus masukkan dalam kuah sambal. Tak perlu rendam-rendam dah barulah kekal isi cantik.

    Tip 2: Simpan Dalam Bekas Berisi Air

    Satu lagi cara simpan petai ni katanya boleh buat petai jadi gemuk dan crunchy.

    Boleh simpan dengan kulit sekali atau kopek dulu. Cuma cara ni kena rajin sikit sebab airnya perlu ditukar setiap 2 kali seminggu

    Cara-Caranya:

  • Mula-mula letakkan petai dalam satu bekas berisi air.
  • Kemudian simpan dalam peti sejuk.
  • Air perlu ditukar setiap 2 kali seminggu.
  • Wow, kena cuba petua ni! Memang menjadi dan kekal segar.

    Sumber: Ummi Kalsum Hassian @ Ila De Laila