Kalau sebut tentang mi sanggul, rasanya orang dari utaqa mesti familiar dengan mi yang teksturnya nipis dan lembut ini. Bukan sahaja rasanya lebih sedap berbanding mi kuning, malah mi sanggul ini lebih tahan lama kerana ia adalah jenis kering.
Jadi bila nak makan, tinggal masak sahaja. Boleh buat stok banyak dalam almari, sedia untuk masak bila-bila masa sahaja!
Selalunya, untuk mi sanggul ini orang akan goreng seperti kita goreng mi biasa tu! Yang membezakannya, ada sesetengah orang akan masak bersama udang kering bagi menaikkan lagi rasanya.
Tapi untuk resepi ni pengguna dari facebook, Nurul Ateekah guna udang hidup! Nak tahu macam mana rasanya? Meh tengok, dan jangan lupa untuk cuba!
RESEPI MI SANGGUL GORENG BASAH
Bahan-Bahannya:
- 2 paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )
- Udang (dicuci bersih)
- 4 biji telur
- 4 ulas bawang putih (dikatok)
- 1 biji Tomato (belah 4)
- Kucai
- Taugeh
- 7 sudu besar cili kisar
- 4 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos tomato
- Kicap Manis
- Garam