Buat Bihun Goreng Tomyam Atau Bihun Goreng Singapore, Ini Rahsianya Tak Lembik & Tak Hancur!

Buat  Bihun Goreng Tomyam Atau Bihun Goreng Singapore, Ini Rahsianya Tak Lembik Tak Hancur.

Ada sahaja yang merungut bila buat bihun goreng tak menjadi. Kebanyakan jadi lembik dan putus-putus hancur. Kalau nak bihun jadi cantik, boleh ikut petua ini yang dikongsikan oleh Ayu Mashruddin  atau boleh juga mencuba resepi yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan Habeebah Md Daud yang sungguh menyelerakan.

1. Rendam bihun dalam air biasa. Jangan rendam dengan air suam/air panas, nanti bihun lembik. Tak perlu rendam awal. Nak mula menumis baru rendam bihun. Saya suka brand Jasmine

2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering yang dah direbus dengan air panas, udang kering dan tomato. Kemudian tumiskan sampai pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan perencah bihun Adabi Bila tambah perencah ni rasa bihun bertambah sedap.

4. Masukkan pula bahan ikut citarasa masing2. Dada ayam, sotong, udang, fish ball, fish cake, daging semua boleh jer ikut suka.

5. Lepas masukkan semua ni tutup kuali. Perlahan sikit api. Bagi semua rencah ni keluarkan air. Pastikan tutup kuali sebab kalau tak tutup takkan keluar air byk sangat.

6. Bila semua rencah dah masak boleh masukkan sayur seperti kobis, carrot & daun bawang. Carrot tu potong mancis untuk nampak cantik.

7. Bila semua sayur dah lembut, masukkan garam dan gula.

8. Akhir sekali masukkan bihun yang dah di tos. Gaul semua sampai rata. Jangan guna sudip tajam untuk elakkan bihun tu putus-putus. Guna sudip kayu yang tumpul.Pastu jangan gaul ganas-ganas macam nak bergusti dengan bihun. Aduk atau fold perlahan-lahan je.

9. Masukkan tauhu yang dah digoreng. Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam or kicap masin sikit.

10. Kalau rasa kering, atau bihun keras baru tambah air panas sikit (letak sikit-sikit dalam 3 sudu je).

Utk hiasan: hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis dan bawang goreng.

Sumber: Ayu Mashruddin Via Keluarga