Kacang Kuda Tak Perlu Tunggu Lama Direbus Pun Dah Empuk, Ni Tekniknya & Resepi Boleh Cuba!

Buat penggemar kacang kuda yang direbus biasanya kalau pergi ke pasar malam, mesti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli sebungkus dua. Rasanya yang empuk membuatkan hingga leka untuk menjamahnya.

Pun begitu, tidak dinafikan jika dibeli jumlahnya tidaklah banyak hingga menyebabkan kita rasa tidak puas menjamahnya. Jadi lebih baik dibuat sendiri. Modal tak sampai beberapa ringgit, bukan sahaja kita sendiri boleh makan malah dapat dinikmati bersama seisi keluarga.

Bahan-Bahannya:

  • Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
  • Bawang merah (hiris-hiris je)
  • Bawang putih (hiris-hiris je)
  • Cili kering (potong 2 atau 3)
  • Daun kari (ikut suka nak bape pelepah)
  • Bancuhan serbuk kari 1 sudu (kalau banyak, pahit)
  • Air Garam

Cara Penyediaannya: 

1. Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.

2. Masukkan cili kering, daun kari.

3. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.

4. Bagi menggelegak, masukkan garam.

5. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.

6. Tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.

P/s: Lebih sedap kalau dah masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.

Oh ye, ada jugak yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Saya buat sesimple mungkin je. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.

Sumber :  Atiqah Zaki‎ Via Keluarga