Ramai yang suka pisang goreng yang sedap dan rangup. Tapi untuk membuatkan pisang goreng jadi sedap ada rahsianya.
Menerusi facebook Yayar B. Awang Noh, lelaki ini berkongsi rahsia membuat bancuhan tepung membuat pisang goreng jadi rangup sampai ke petang.
“Resepi Abang Berniaga 15 tahun.” Lelaki Ini Kongsi Resepi Tepung Pisang Goreng Jadi Rangup, Warganet Beri Pujian Tak Lokek Ilmu Masakan.
15 TAHUN BERNIAGA TAK LOKEK KONGSI RESEPI
Beliau yang merupakan peniaga tidak lokek ilmu masakannya daripada abangnya yang berniaga hampir 15 tIkuti resepi pisang goreng rangup ini.
Resepi pisang goreng rangup
Salam semua..musim pkp nie payah nk mkn pisang goreng kan… Dengan ini saya izinkan berkongsi resepi tepung pisang goreng yg rangup… Doakan sy sekeluarga dimurahkan rezeki.
Ini resepi abg saya niaga hampir 15tahun
- Tepung beras 3 paket(1.5kg)
- Tepung gandum 500g
- Garam secubit
- Gula sesenduk kecil
- Kapur sebesar ibu jari
- Telor.sebijik
- Dan serbuk kunyit satu sudu
- Bancuh jgn terlalu cair.. pekat sedang2 ngam..
BEGINI BANCUHANNYA
LETAKKAN HIRISAN PISANG KE DALAM ADUNAN & GORENG
INI HASILNYA. PISANG GORENG RANGUP SAMPAI KE PETANG
Sumber: Yayar B. Awang Noh Via Keluarga