“Susahnya jadi wanita ni, buat ni tak boleh, buat itu tak boleh. Kena tutup sana, kena tutup sini. Tak bebas macam lelaki.” Satu keluhan berat dilepaskan.
“Jika kau tahu bagaimana Allah sayangkan wanita, memang kau bersyukur dilahirkan wanita, Allah jadikan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi, jika Allah jadikan lelaki dengan penuh keistimewaan, begitu jugak dengan perempuan, Allah itu Maha Adil.”
Terdiam dan mengeluh lagi.
Usah mengelah. Wanita sangat istimewa di sisi sebagaimana lelaki juga, ketepikan isu kelainan gender seketika, sebab kita semua istimewa.
Terkadang wanita kena jadi kuat? Betul ke terkadang? Sebenarnya bukan terkadang, memang wanita selalu kena jadi kuat. Jadilah kuat demi Tuhan.
Wanita sebelum kedatangan Islam, kesian. Macam tak ada nilai, diperlakukan sesuka hati, tapi selepas kedatanga Islam, agama Islam ini yang telah mengangkat martabat wanita dan memuliakan kedudukan wanita.
Rasulullah SAW ajar kita untuk sayang dan berlemah lembut dengan wanita, Rasulullah SAW kita sangat sweet. Senyum. Mungkinlah jika dilihat secara fizikal, wanita memang kurang dibandingkan dengan lelaki.
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita).” (Surah An-Nisaa’: Ayat 34)
Al-Quran jelas menceritakan bab tu, usah disangkal. Marilah menjadi wanita yang bijak dan kuat tanpa mengetepikan lelaki, wanita memerlukan lelaki, tapi bukanlah juga bermaksud wanita boleh terus lemah jika tanpa lelaki.
Belajarlah untuk menjadi kuat dengan mencari kekuatan dengan Ilahi. Jika Allah memberikan kekuatan fizikal lebih kepada lelaki, maka Allah juga memberikan kelebihan juga kepada wanita dengan kelebihan kekuatan jiwa, bahasa lainnya disebut emosi.
Emosi yang baik maksudnya di sini, sebab wanita seorang ibu, dia lebih memerlukan emosi untuk menjadi ibu yang baik untuk anak-anak, habis tu lelaki tiada emosi?
Sama ada kita lelaki mahupun perempuan, Allah ciptakan kita beremosi cuma lelaki mereka pemimpin, oleh kerana sifat kepimpinan itulah mereka kawal emosi mereka untuk menjadi pemimpin yang baik.
Usah berdebat mana yang lebih mana yang kurang, sememangnya fitrah manusia sebegitu. Kita istimewa bukan, berlainan tetapi masih memerlukan antara satu sama lain.
Istimewanya wanita, dalam Al-Quran ada surah khusus untuk wanita, surah An-Nisaa’. Masih ingin mengeluh wahai wanita?
Betapa sayang dan cintanya Allah pada wanita, tapi kebanyakan wanita tidak menyedari tentang hal itu, masih menganggap diri sendiri serba-serbi kekurangan, masih mengeluh seolah Tuhan tidak adil.
Berterima kasihlah dengan Tuhan yang telah meletakkan wanita di tempat istimewa, di sisi lelaki dan lebih istimewa di sisi Tuhan.
Wanita di zaman solafussoleh dulu turut ikut berper4ng membela Islam, siapa yang kata wanita itu lemah?
Tapi itu bukan kewajipan, Allah tak mewajibkan ke atas wanita untuk turut serta dalam peper4ngan, wanita sangat senang untuk masuk syurga, tapi Rasullullah SAW kata penduduk yang paling ramai dalam ner4ka adalah dalam kalangan wanita, kenapa ya?
“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga yang diinginkannya.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu hibban dan Thabrani)
Sebab kita wanita, kita selalu lupa bersyukur, kita banyak meng3luh, banyak menyimpan ketidak puasan hati kita dengan sesuatu secara berlebihan lalu menyebabkan kita banyak mengungkit.
Allah tak suka, bila kita buat apa yang Allah tak suka, maka apa nanti akibatnya? Semoga kita diberikan ketetapan hati untuk menjadi wanita yang kuat, kat dunia ni memang banyak ujian.
Kadang diberi ujian dengan suami yang tak bertanggungjawab, diuji dengan kenodaan lelaki tehadap wanita, macam-macam yang Allah uji.
Tapi tujuannya adalah satu, untuk menguatkan iman. Apalah yang hendak dibandingkan ujian-Ku dengan nikmat-Ku yang maha luas ini?
Buat wanita yang teraniaya, semoga diberikan kekuatan untuk move on dengan kehidupan yang lalu dan beralih kepada kehidupan baru, usah bersedih sayang.
Sengaja Allah tutup pintu yang ini dan Allah telah bentangkan seluas-luasnya pintu lain yang lagi besar untuk kita masuki, tapi tulah kadang kita lupa, bukan sebetulnya, tapi kita sendiri yang memilih untuk tidak mahu berganjak dengan hidup kita yang lalu.
Cukup untuk kita merasa gembira dengan mengetahui bahawa Allah sayang kita, Rasullullah SAW sayang kita, orang-orang di sekeliling kita sayang kita, eh… tiba-tiba dirasakan semua orang sayang kita, cuma kita saja yang tidak menyedari tentang hakikat tu sebab banyak sangat menghitung kekurangan hingga nikmat kelebihan yang Allah bagi.
Wanita mahupun lelaki, ingat satu benda. Allah sayang kita, Allah cinta kita dan ujian di dunia adalah satu tali untuk menguatkan lagi cinta Allah pada kita, sayang sedemikian rupa sehingga mengangkat darjat kita lagi tinggi di sisi Allah.
Senyumkan saja, mudah-mudahan segala yang baik-baik datang pada kita. Ingat ya wanita! Jadilah kuat demi Ilahi, dan sesungguhnya kita ini istimewa.
“Ya Allah, berikanlah kepada kami apa yang kami cintai dalam cara yang Kau cintai.”
Sumber : Iluvislam
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih