
Musim durian adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para penggemar raja buah ini. Sana sini ada sahaja gerai yang menjualnya. Bila permintaan sudah tinggi, maka nanti mungkin ada yang nak ambil kesempatan dengan menjual durian yang belum masak sepenuhnya.
Jika terkena, memang sakit hati kan? Dah lah beli mahal, nak makan pun tak sedap. Lagipun, buah berkulit tebal ni susah juga nak agak kondisi isinya.
Oleh itu, jom belajar cara-cara nak kenal dan pilih buah durian yang masak sempurna dan sedap.
1. Lihat Kulit Durian
Cuba elakkan membeli kulit durian yang sudah merekah sehingga ke isi. Kebiasaannya kulit durian yang sudah merekah ini mempunyai isi durian yang sudah masam.

2. Bau
Selain itu, anda boleh bau durian tersebut dari luar. Tetapi tak semua orang mahir dengan membau sahaja durian tersebut kerana anda tak akan pasti bagaimana isinya di dalam sama ada elok atau pun tidak.

3. Lihat Garisan Pada Kulit Durian
Dari garisan kulit durian itu, kita boleh mengagak buah tu banyak isi atau pun tidak, nanti tidak adalah ralat sangat nanti terbeli banyak kulit dari isi.
4. Lihat Dari Tangkai Durian
Jika nak tau ketebalan isi durian itu anda kena tengok tangkai buah durian, potong (cross section) tangkai, tengok jarak antara bulatan dalam dengan bulatan luar. Kalau jarak jauh makna isi tebal kalau jarak dekat bermakna isinya nipis.

Sumber: Alimi Mikayla Via Rasa