Resepi Sup Ayam Siam. Pedas, Masin, Masam Dalam Satu Rasa!

Kalau makan sup ayam di restoran Thai, rasanya sup ayamnya masam-masam kan? Beza dengan selalu yang kita buat. Sedap kalau dapat hirup kuahnya. Kalau anda nak masak sendiri di rumah, boleh masak ikut resepi yang dikongsi oleh saudara Khairul Abdullah ini.

Resepi Sup Ayam Siam

Bahan-Bahan:

  • ½ ekor ayam dipotong ikut saiz kesukaan
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 inci halia ditumbuk
  • ½ biji bawang besar dimayang halus
  • 1 sudu lemak/kulit ayam
  • 1-2 batang serai diketuk
  • 1-2 helai daun limau purut
  • ½ biji tomato dipotong 4
  • ½ batang carrot dipotong baji
  • 1 sup bunjut
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 3 sudu sos ikan/kicap sotong
  • 1-2 biji limau nipis
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan lemak/kulit ayam agak garing dan masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan serai.

2. Tumis sampai harum dan layu, kemudian masukkan air.

3. Bila dah menggelegak, masukkan ayam dan kentang serta sup bunjut dan juga kiub ayam dan kacau sebati.

4. Bila ayam dah masak elok lalu masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut serta cili padi.

5. Perahkan limau nipis ikut kadar kemasama yang disukai. Perasakan dengan garam dan ajinamoto jika suka. Seterusnya taburkan hirisan daun ketumbar. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Khairul Abdullah Via Myresepi

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma