Tips Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Lembut & Tidak Liat

Entri kali ini, kami akan kongsikan cara mudah memasak daging goreng kunyit supaya daging yang digoreng akan lembut dan tidak liat. Daging goreng kunyit ini bukan sahaja sedap, tetapi mudah disediakan dan menjadi menu kegemaran ramai.

Namun, salah satu masalah yang dihadapi bila memasak hidangan ini adalah dagingnya liat dan keras. Terutamanya bila daging goreng kunyit sudah sejuk. Untuk atasi masalah ini, jom baca perkongsian dan tips oleh Nana Ismail.

Ikuti perkongsian lengkapnya di bawah.

TIPS GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DENGAN CARA YANG BETUL

1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak tengok urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak (dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.

2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat la.

3. Haaaa.. dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging letak kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging Nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?

4. Lepas tu korang letak minyak, kemudian goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.

5. Lepas tu macam biasa laaa.. tumis bawang, cabai, letak sayur kemudian masukkan balik daging goreng tadi.

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Nana Ismail