
Mesti ramai peminat Rotiboy atau Mexican Bun ni kan? Kalau pergi mall, memang akan cari-cari Rotiboy ni. Dari jauh dah boleh bau aroma Rotiboy ni. Kali ni, jom buat sendiri je di rumah . Follow resipi di bawah, memang jadi!
Resipi Mexican Bun @ Rotiboy
Bahan-bahan (roti):
- 1biji kuning telur
- 30g gula kastor
- Secubit garam
- 250 tepung roti/tepung gandum
- 1sb susu tepung
- 1sk yis
- 150 ml air (agak agak)
- 30g marjerin
Bahan-bahan (topping):
- 50g butter (lembut)
- 40g gula perang
- 1biji telur A
- 1sk esen vanilla
- 1sb nescafe + 1sb air panas (campur dan kacau)
- 60g tepung gandum
- 10g tepung jagung
Bahan inti roti:
- Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub)
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1 jam.
2. Siap uli rehatkan selama 15 minit.
3. Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag.

4. Ambil doh 40g, letak inti dan bulatkan semula.

5. Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh kembang dahulu selama 30 minit. Kemudian baru letak topping di atasnya..

6. Bakar pada suhu 170 selama 20minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu).

7. Hasil panas-panas dari oven. Sebijik nak sama macam beli kat kedai kan..
8. Serius sedap betul rasa dia.

Selamat mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Puteri Desa
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti