Tips Goreng Sosej Tak Kecut & Berkedut, Memang Elok Kejadiannya!

Bila goreng sosej pasti masalah utama yang berlaku adalah sosej menjadi kecut dan kedut. Lain pula dengan yang dibeli di kedai kerana tidak kecut dan elok.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk hasilkan sosej yang tidak kecut dan kedut kan? Kalau nak tahu macam mana kena ikuti perkongsian di bawah. Memang banyak betul tips berguna anda kena cuba. Wah!

TIPS GORENG SOSEJ TAK KECUT & KEDUT, MEMANG ELOK KEJADIANNYA!

Menerusi pertanyaan Siti Afifah di laman Facebook, beberapa pengguna media sosial berkongsi tips mengoreng sosej supaya tak kecut dan kedut. Kadang-kadang bila sosej kedut, anak tak nak makan kerana tidak sama seperti yang dijual di kedai.

Rata-rata warganet berkongsi pengalaman mengoreng sosej menggunakan teknik yang mereka pelajari dan hasilnya memang menjadi! Sosej tak kecut dan kedut, elok kejadiannya…

Menurut Nurul, lebih mudah untuk mengoreng sosej dengan menggunakan non stick pan dan hanya letak minyak 1 hingga 2 sudu sahaja.

Selamat mencuba! Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Siti Afifah  Via SirapLimau