Bosan Asyik Masak Gulai Biasa? Jom Cuba Resepi Gulai Ayam Siam Ini Pula

Pasti ramai yang pertama kali dengar ‘Gulai Ayam Siam’ kan?  Rasanya seperti gulai lemak tapi ayam gulai versi Siam ini kaya dengan aroma rempah ratus.

Kalau dah bosan asyik masak gulai biasa, jom cuba gulai versi siam ni pula. Nak tahu sedap ke tak, kenalah cuba masak sendiri!

Resepi Gulai Ayam Siam

Bahan-Bahan Kisar:

  • Cili besar merah dan cili besar hijau
  • Cili padi merah dan cili padi hijau
  • 2 batang serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Buah keras
  • Belacan
  • Kunyit hidup
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Kulit limau purut

Bahan-Bahan Lain:

  • Cili kering
  • Asam keping
  • Ayam
  • Santan segar
  • Garam
  • Gula melaka

Cara Memasak:

1. Masukkan minyak masak. Tumis serai yang sudah diketuk terlebih dahulu.

2. Kemudian, boleh terus masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar.

3. Seterusnya, masukkan sedikit cili kering kisar serta asam keping.

4. Masak sehingga pecah minyak, ulang tambah air sebanyak 3 kali.

5. Selepas itu, boleh masukkan ayam.

6. Bila dah mati air ayam, baru masukkan santan segar.

7. Perasakan dengan garam dan gula melaka.

 

8. Masukkan daun limau pulut. Buang dulu urat tengah pada daun limau pulut itu.

9. Tutup api dan perahkan limau. Siap untuk dimakan!

Video penuh:

@hadimohdsalleh

Reply to @luna_ezan Maaf ya lambat share resepi. Ramai rupanya nak makan Gulai Siam Ayam 😅, rupa macam rendang tapi bukan dia, ada gaya asam pedas pun bukan dia 😆 #tiktokmalaysia #malaysiafood #masakapaharini #makanantradisional #myfoodie #laukkampung #fyp #fypシ

♬ Joget Senyum Memikat – Siti Nurhaliza

Sumber: TikTok @hadimohdsalleh Via Myresipi