Musim durian adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh peminat raja buah ini. Di mana-mana sahaja, mudah didapati di gerai yang berdekatan dengan anda.
Musim durian adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh peminat raja buah ini. Di mana-mana sahaja, mudah didapati di gerai yang berdekatan dengan anda.
Memandangkan ramai keluarga yang tidak dapat pulang ke kampung untuk menikmatinya, ada baiknya kita simpan mengikut kaedah yang dikongsikan oleh Nor Tipah Zakaria ini.
Tips Panduan Cara Simpan Durian Agar Tahan Lebih Lama
Kalau harga durian makin rendah, jadi kalau ada bajet boleh beli lebih dan simpan supaya boleh makan bila-bila.
Mudah sahaja dan durian yang disimpan dengan cara ini akan kekal elok sehingga musim durian baru muncul. Selain itu, rasa dan aromanya tetap sama.
Cara Simpan Durian Tahan Lama, Balut Dulu Dengan Plastik
1. Sediakan pembalut plastik (plastic wrap) dan bekas plastik
2. Buka durian dan ambil isinya, kemudian bungkus atau balut isi durian tersebut dengan kemas. Anda boleh melakukan seberapa banyak yang anda mahu
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas plastik, tutup dan simpan di dalam peti sejuk (freezer)
4. Dengan cara ini, lebih mudah untuk makan durian, ambil berapa banyak yang anda mahu makan tanpa mengeluarkan semuanya dari peti sejuk
5. Durian yang dibalut begini tidak akan membuatkan peti ais berbau. Yang penting tahan lama, masih nampak elok walaupun disimpan selama setahun
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook/Nor Tipah Zakaria Via Aliff Channel
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti