Buat peminat kacang hijau pastinya anda gemar menikmati kelazatan bubur kacang hijau. Bukan sahaja bubur kacang hijau, malah kalau dapat pekena aiskrim kacang hijau mesti nikmat kan?
Tetapi bila nak buat makanan tersebut mesti rasa malas, sebabnya kacang hijau ni keras lahiriahnya dan makan masa juga nak dilembutkan. Kalau nak tahu ada tips mudah untuk melembutkan kacang hijau ni. Mari ikuti perkongsian oleh Puan Seri Ramlan di bawah.
Tips Lembutkan Kacang Hijau Sebelum Dimasak, Pejam Mata Pun Boleh Buat!
Suka makan bubur kacang? Ini saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat.
Tak payah rendam berjam-jam. Tak payah rebus lama-lama, confirm cepat masak dan jimat gas.
Boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tips ini tak perlu untuk yang ada periuk pressure cooker ya.
Tips Mudah Lembutkan Kacang Hijau
Cara-Caranya:
- Basuh bersih-bersih kacang hijau.
- Bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.
- Kemudian frozen kan.
Bila Nak Masak Jadi Cepat & Mudah!
- Bila-bila nak masak, tak payah nyah beku.
- Masuk dalam periuk dan tambahkan air, terus rebus.
- Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa.
Selamat mencuba.
***********
Ketahui Rahsia Kebaikan Kacang Hijau
Kalau nak tahu, menurut Hello Sehat kacang hijau membekalkan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Antaranya ialah:
1. Kurangkan Risiko Penyakit Jantung
Beberapa pengkaji menyatakan, makan kacang hijau berpotensi menurunkan risiko penyakit jantung. Antioksidan vitexin dan isovitexin pada kacang hijau dapat menghalang penyerapan kolesterol serta pembentukan jaringan lemak.
2. Kurangkan Kolestrol Dalam Badan
Manfaat lain, dapat juga mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan kerana zat antioksidan di dalam kacang hijau dapat membantu menurunkan jumlah kolesterol.
3. Menurunkan Tekanan Darah
Bahkan, protein pada kacang hijau tidak hanya bantu membentuk otot tetapi juga memberikan khasiat kesihatan kepada penghidap penyakit tekanan darah tinggi. Protein ini dapat menghalang angiotensin converting enzyme (ACE) bergiat aktif, yang merupakan enzim kepada penyebab tekanan darah tinggi terjadi.
Sumber: Facebook Seri Ramlan, Hello Sehat
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, Klik Sini: Barang Murah & Berkualiti