Praktik Tip Ini Jika Tanam Serai Dalam Pasu Supaya Subur Merimbun & Gemuk

Serai bahan ramuan penting melazatkan masakan. Kalau beli di kedai runcit seikat tu jual cuma 4-5 batang aje. Padahal nak guna kerap juga, masakan kalau terkurang serai, kuranglah ummphnya.

Sebenarnya tanaman ni cukup mudah ditanam dan tak perlu ruang tanah yang luas pun. Boleh tanam dalam pasu aje. Tapi ‘frust’ juga lah kan bila tanam tumbuhnya kurus dan tak berapa nak subur.

Ni min kongsikan teknik tanam pasu biar tumbuh gemuk dan subur.

1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya paling tidak 2 hari sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja).

2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar.

3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena potong atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga.

**Foto: Ardi Tani4. Anak serai yang ada boleh alih ke pasu lain supaya batang serai yang membesar tumbuh dengan mudah dah gemuk.

5. Buang daun-daun yang sudah kering dan tak berfungsi. Trim daun tapi jangan terlalu pendek, harus ada banyak bahagian daun hijau untuk proses fotosintesis.

6. Letak pasu atas tanah supaya akar boleh keluar menjalar mencari air jika penuh.

**Foto: Ardi Tani. Sumber: Ardi Tani & Immah Ieym
Sumber : Majalah Ilmu

Nak MENANG Hadiah Menarik Selain Tips & Panduan Berkebun ?
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/berkebundirumahofficial