Tips Buat Bubur Jagung Yang Rasanya Lemak Manis & Pekat. Jangan Lupa Letak Bahan Ini.

Menikmati bubur jagung paling sedap jika dihidang ketika minum petang, menu yang simple namun cukup membuka selera. Jadi jika ada jagung segar di rumah ketika ini, bolehlah anda menyediakan bubur jagung.

Pun begitu ada rahsianya untuk mendapatkan rasa kuah Bubur Jagung agar terasa jagung yang asli. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh tihiecikman di group Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).

RESEPI BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS

BAHAN-BAHAN

  • 5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
  • 1/2 cawan sagu putih
  • 2 cawan air
  • 2 cawan santan pekat – guna santan segar
  • 1 tongkol gula melaka
  • 2 sb gula pasir
  • 3 sb susu pekat
  • 1/2 st garam halus
  • 1 helai daun pandan – disimpulkan
  • Kisar halus :
  • 2 senduk hirisan jagung
  • 1 cawan air

CARA MEMBUAT:

1) Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.

2) Kisar halus jagung bersama 1 cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.

3) Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.

4) Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.

5) Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau.

6) Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
*Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.

Sumber : Tiesha Abdul Rahman Via keluarga