Jangan Buat Main, Ini Teknik Goreng Ikan Kalau Nak Rangup Diluar, Lembut Didalam

Menggoreng ikan memang satu perkara yang amat mudah dan semua orang boleh buat tanpa perlu tengok resepi. Tapi cara goreng ikan yang betul supaya tidak melekat atau kering mungkin tak ramai yang tahu caranya.

Jadi, cara goreng ikan yang betul dengan teknik rahsia ini akan membantu anda menjadikan ikan goreng anda cantik dan juicy serta rangup tanpa hasilnya melekat pada kuali sehingga menjadi kerak yang sukar nak dibuang.

Dengan teknik yang betul ini juga akan menyebabkan ikan goreng anda lebih sedap dimakan dimana ia akan rangup pada luaran dan lembap di dalam atau pada isi ikan tersebut.

Macam mana caranya nak buat? Perkongsian dari seorang Ahli Kimia yang dikenali sebagai Puan Fatimah Salim ini akan menjawab persoalan itu. Dari perspektif sains juga perlu kita fahami agar hasil menggoreng ikan kita itu sedap dan juicy.

Cara Memasak & Kawalan Suhu

Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?

Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selami sains disebalik menggoreng ikan ini.

Kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng?

Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.

Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.

Bagaimana untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali?

Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.

Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.

Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.

Bagaimana untuk mendapatkan isi ikan yang juicy, ranggup di luar, lembap di dalam

Sebenarnya, permukaan ikan yang telah rangup itu tadi akan menjadi selaput yang menghalang air yang terdapat dalam ikan dari terus meruap seterusnya dapat kekalkan kelembapan dalam isi ikan.

Hati Pun Senang Bila Gorengan Cantik Dan Sedap.

Ikan seharusnya dimasak dalam masa sekejap sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi akan adalah longgar sekiranya nak dibandingkan dengan daging lembu dan ayam. jadi, ia tak perlukan masa yang lama untuk digoreng.

Menggoreng ikan dalam masa yang lama akan menyebabkan kelembapan dalam isi ikan terus meruap dan membuatkan isinya menjadi keras. Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan ikan garing dan rangup.

Walau bagaimanapun, jika anda menggoreng menggunakan jenis kuali yang kalis lekat pasti tak akan mengalami masalah ini ketika memasak kerana ia dibantu oleh teknologi selaput pelinciran yang mengelakkan ikan melekat ketika digoreng.

Jadi, cara goreng ikan yang betul supaya tidak melekat pada kuali sangat mudah dibuat dan tidak perlu pening kepala memikirkannya. Hanya ikuti perkongsian Puan Fatimah Salim ini, masalah anda akan selesai.

Sumber: Fatimah Salim via SemuanyaJDT