Tak Perlu Beli, Lagi Jimat Buat Peanut Butter Sendiri, 3 Langkah Saja!

Selalu kita beli, tapi tak terfikir pula untuk buat sendiri mentega kacang atau peanut butter pada sapuan roti. Sebenarnya cukup mudah dan senang.

Macam mana resepinya? Perkongsian resepi ringkas dari Nurul Zhafarina ini anda kena cuba. Memang terbaik.

Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter sihat homemade.

  • Tak ada GULA
  • Tak ada GARAM
  • Tak ada MINYAK

Peanut butter sihat ni harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pon tak susah. Boleh cuba buat.

Cara-Cara Membuatnya:

1. Sangai guna air fryer.

2. Kemudian sejukkan kacang.

3. Blend. Saya guna blender kering.

4. Boleh terus masukkan dalam bekas.

5. Siap!

Nota:

  • Bakar kacang guna suhu 180 C selama 15-18 minit.
  • Boleh juga guna kuali biasa jika tak ada air fryer.
  • Tak perlu letak minyak, saya blend kacang sahaja.

Sumber: Nurul Zhafarina Via PaMa