Nasi ayam memang menjadi kegemaran anak-anak kita. Apa lagi disatukan dengan ayam nasi ayam yang garing dan sedap. Nak cuba resepi mudah dan ayam jadi lagi sedap?
Resepi mudah ini mama kena cuba. Simple!
Bila ayam Nasi Ayam tengah mandi minyak. Camne nak buat macam tu? Tak yah pakai kicap bagai. Meh nak share resepi.
Bahan-bahan:
- Air kosong satu jag
- Madu 3 sudu
- Cuka 2 sudu
- Limau nipis 3 biji (ambik air)
Cara-Cara Membuatnya:
1. Campur semua bahan dalam air tadi.
2. Tunggu air tersebut didih, mandi kan ayam tadi sehingga kulit ayam tegang.
3. Angkat dan tos ayam tersebut.
4. Lumurkan garam dan biarkan air pada ayam kering. (Nak gantung pun boleh ayam tu). Pastu leh goreng ayam tersebut.
5. Ayam akan bertukar warna jadi coklat garing macam tu.
Mudah dan cepat. Selamat Mencuba
Sumber: PaMa