
Ikut 6 Kaedah Mudah Ini Masak Sotong Pasti Tak Jadi Liat Dan Kecut
Makanan laut seperti ketam, udang, kepah, kerang, sotong, ikan dan sebagainya memang diakui sedap dimasak dengan pelbagai menu. Kebiasaannya penggemar makanan laut sanggup berbelanja lebih dan sering mencari lokasi restoran makanan laut terbaik demi untuk menikmati hidangan yang segar dan enak rasanya.
Pun begitu, uniknya ketika menyediakan hidangan berasaskan makanan laut ini ada teknik dan caranya yang tersendiri. Contohnya seperti sotong, walaupun nampak cukup mudah untuk dimasak, tapi ada cara tersendiri terutamanya dalam hal membersihkan isi perutnya hinggalah perlu tahu teknik memasaknya agar tidak menjadi liat.

Nak tahu apa tip dan tekniknya? Ayuh! Praktis 6 cara mudah ini yang dikongsikan oleh Mamak Haji agar sotong yang dimasak tidak liat dan tidak menjadi kecut.
Teknik Masak Sotong

1. Ketuk Pada Badan Sotong
Setelah sotong dicuci dah bersihkan ketuk beberapa kali pada badannya dengan kitchen mallet tapi jangan sampai terkoyak pula isinya. Kemudian potong bulat atau mengikut cita rasa.
2. Tidak Terlalu Lama
JANGAN TERLALU LAMA masak sotong, isinya akan jadi macam tayar goodyear. Kalau gunakan suhu terlalu panas masak di antara 1 minit ke 3 minit saja. Atas 5 minit, sayonara.
3. Api Yang Sederhana
Masak sotong dengan api dapur yang sederhana, cara simmering atau reneh sekurang-kurangnya selama 45 minit. Ini yang buatkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat-masala. Ingat ye kalau nak cepat cuma gunakan air panas yang mendidih gunakan masa masak di atas iaitu sama 1-3 minit saja.. tapi kalau masak masala yang sedap maka elok masak sotong dalam renehan iaitu mulakan dengan air sejuk, tapi kena sabar.
4. Perap Jus Lemon Atau Limau Nipis

Isi sotong juga boleh dilembutkan dengan perapkan jus limau nipis atau lemon. As1d dari jus ini bukan saja lembutkan isi sotong tapi menghindarkan bau hanyir sotong.
5. Rendam Dalam Susu
Ada juga orang Perancis suka rendam sotong dalam susu untuk melembutkan sotong. Ini kerana susu mengandungi asid lactic, oleh itu perap sotong semalaman atau sekurang-kurang 4 jam dalam peti sejuk sebelum digunakan.
6. Dakwat Sotong

Dakwat hitam sotong bukan beracun maka boleh disimpan dan digunakan untuk masakan ikan kicap atau goreng sayur kicap. Dakwat ini akan beri aroma yang sedap untuk masakan anda.
Ekstra tip :
- Jika sotong digunakan di dalam resepi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air yang mendidih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air sejuk supaya sotong tidak liat.
- Jika ingin menggoreng sotong, pastikan digoreng dengan minyak yang banyak.
- Rendam sotong yang telah dibersihkan dengan air bercampur cuka selama 5 minit sebelum dimasak akan da[at mengelakkan sotong menjadi kecut.
Sumber: Akak Pesan