Sudahlah Jimat, Kesannya Sama Seperti Mandi Bunga Di Spa Mahal!

Selagi wanita memberikan alasan sibuk sebagai penghalang utama untuk mereka mencari masa membelai dan mencantikkan diri, selamanya itulah mereka mensia-siakan kecantikan yang mereka ada.

Sekalipun mungkin benar anda tidak mempunyai masa ke spa ekoran kekangan masa dek tugasan surirumah tangga yang tiada bernoktah, anda masih boleh melakukannya di rumah.

Faham-faham sahajalah, kadang-kala perjalanan pergi dan balik dari spa sahaja sudah mengambil masa dan ada sesetengahnya tidak berkemampuan mendapatkan rawatan di spa.

Bagaimanapun itu bukan perkara besar dan bukan juga halangan, terdapat banyak cara untuk membelai dan mencantikkan diri. Mandi bunga secara DIY atau Do It Yourself, salah satunya yang boleh anda praktikkan di rumah.

Mandi bunga sebagaimana diketahui umum, adalah perawatan kecantikan yang paling digemari dan sering dilakukan oleh bakal ratu sehari. Secara ritual, mandi bunga dilakukan untuk menaikkan. aura bagi tujuan menyegarkan tubuh serta menaikkan seri wajah.

Mandi bunga mampu menaikkan seri wajah kerana tubuh kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.

Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang terbaik kepada si pengamal mandi bunga. Rawatan mandi bunga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesu4n badan dan menghilangkan b4u badan.

Bahan yang diperlukan untuk acara ritual mandi bunga

– Tujuh atau sembilan jenis bunga yang tidak berduri.

– Bunga pelbagai warna (bunga mawar, melur dan bunga cempaka kalau boleh mesti ada)

– Elakkan bunga berwarna hitam.

– Semua bunga mestilah segar dan berbau wangi.

– Dua biji limau purut.

– Satu botol air mawar.

Foto: OLX

Foto: Kepoh Kuat

Kaedah penyediaan
1. Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, 7 atau 9.

2. Asingkan bunga daripada daun dan dahan kecil. Rendam bunga-bungaan di dalam baldi/besen yang dipenuhi dengan air.

3. Tuang sebotol air mawar dan kacau rata.

4. Belah limau purut dan hiris nipis. Rendam bersama campuran bunga-bungaan dan air di dalam baldi/besen tadi.

5. Rendam semalaman.

Cara mandi
1. Mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.

2. Sebaiknya mandi pada waktu pagi bagi tujuan kesegaran tubuh dan juga serapan tenaga.

3. Mulakan dengan siraman di bahagian tubuh di sebelah kanan sebanyak tiga kali diikuti siraman dibahagian tubuh sebelah kiri. Untuk mereka yang beragama Islam mulakanlah dengan berselawat keatas Nabi SAW.

4. Lanjutkan dengan siraman di bahagian kepala.

5. Tidak perlu bilas. Biar seketika dan lap tubuh dengan tuala.

Tip menjadikan sesi mandi bunga ini lebih mengujakan
– Boleh menambah minyak badam, minyak zaitun atau minyak kelapa di dalam kolah mandian berisikan bunga. Kesannya kulit terasa selembut bayi.

– Pasangkan lilin beraroma bunga-bungaan, citrus, breeze atau buah-buahan pun boleh.

– Mainkan lagu sentimental (bukan lagu sedih) dan berunsurkan Nusantara secara perlahan.

– Tuangkan segelas jus buahan atau buatlah secangkir teh untuk anda nikmati selama berendam.

Dengan melakukan mandi bunga ini, anda pasti berasa segar dan tenang!

Sumber; HijabHeel

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih