Kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Taala. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan. Mereka bangga dan bergembira tatakala dikaruniai anak laki-laki.
Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan 4ib dan dianggap benc4na. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniakan anak perempuan. Padahal kehadiran kanak-kanak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah. Bahkan Islam secara khusus menjelaskan tentang keutamaan anak perempuan dan ganjaran bagi ibu bapa yang memelih4ra dan mendidik anak-anak perempuan mereka.
Al Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab sahihnya dengan tajuk Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan. Beliau membawakan tiga hadis sebagai berikut:
Pertama. Hadis dari Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata,
Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apa-apa kecuali satu buah kurma. Lalu akau berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membahaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia send1ri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Nabi shallallahu alaihi wa sallam datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu alaii wa sallam bersabda, Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari siksa api ner4ka (HR Muslim 2629)
Kedua. D1riwayatkan juga dari Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata,
Seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga buah kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing satu buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan send1ri. Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Maka Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda ,: Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari ner4ka (H.R Muslim 2630)
Ketiga. D1riwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
Barangsiapa yang mengayomi dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari ki4m4t bersamaku. (Anas bin Malik berkata: Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631)
Hadis-hadis di atas menunjukkan keutamaan anak-anak perempuan dalam agama Islam. Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan, Hadis-hadis di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak-anak perempuan, memberi nafkah kepada mereka, serta bersabar dalam mengurus seluruh urusan mereka.
Anak perempuan merupakan ujian bagi orangtua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika mempunyai anak laki-laki. Oleh kerana itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, Anak perempuan disebut sebgai ibtilaa (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka. Hal ini juga sebagaimana Allah Taala firmankan:
Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat m4rah, Ia menyembunyikan d1rinya dari orang banyak, disebabkan bvruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memelih4ranya dengan menanggung keh1naan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah bvruknya apa yang mereka tetapkan itu. (QS An-Nahl: 58)
Yang dimaksud mengayomi anak perempuan adalah menunaikan hak-hak mereka seperti makan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, Yang dimaksudkan adalah menunaikan hak-hak dengan nafkah dan mendidik mereka serta memenuhi keperluan-keperluan yang lain.
Terdapat ganjaran yang besar bagi orangtua yang mengayomi anak perempuan mereka, berupa nikmat surga, terhalangi dari siksa api ner4ka, dan kedekatan bersama Nabi shallallahu alaihi wa sallam di akh1r4t.
Saudar4ku, lihatlah bagaimana Islam memuliakan anak perempuan dan memberi ganjaran khusus bagi orang tua yang mau mengayomi anak-anak perempuan mereka. Semoga Allah Taala senantiasa memberikan kita keturunan yang soleh dan solehah. Wallahul mustaan …
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : Nasihatustazz