Musim PKP ini makin ramai yang ambil kesempatan menghias rumah dan bercucuk tanam.
Pokok Lidah j1n, snake plant atau nama saintifiknya, Sansevieria trifasciata khabarnya sedang tular di media sosial sekarang…
Ia dikatakan sejenis tanaman indoor yang bagus kerana dapat membantu pengudaraan dalam ruang tertutup.
Realitinya, terdapat banyak faktor pencemar di rumah yang jarang kita sedari. Asap pembakaran di sekeliling, pendingin hawa yang tidak diselenggara dengan baik, binaan rumah yang rosak, permainan lama, perabot yang disaluti bahan kimia atau cat, peralatan plastik, penyembur aerosol, pewangi bilik, racun perosak dan pencuci pakaian, masing-masing melepaskan pelbagai zarah kecil serta toksik ke udara.
Aliran udara yang sempurna di dalam rumah penting bagi memastikan keselesaan penghuni untuk menghirup udara segar dan menjamin kadar penyimpanan haba di tahap minimum.
Tumbuhan ini sesuai diletakkan di ruang mencuci pakaian atau bilik mandi kerana ia memiliki kemampuan menyerap gas bertoksik terhasil daripada produk pencuci, tisu tandas dan barangan penjagaan d1ri lain.
Mempunyai aroma tersend1ri seperti bunga lavender, ia juga dapat menghilangkan bauan kurang menyenangkan di rumah terutama tandas dan dapur.
Selain itu, pokok lidah mentua juga boleh menyerap radiasi yang terhasil daripada penggunaan barangan elektronik seperti komputer dan televisyen.
Namun, pokok ini juga ada risikonya jika terdedah pada anak kecil dan haiwan pelih4raan.
Berikut adalah penjelasan oleh Pusat Racun Negara tentang risiko tumbuhan viral ini.
RISIKO POKOK LIDAH j1n YANG DISIMPAN DI DALAM RUMAH
Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN.
Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, c1rit-b1rit dan ruam.
Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan pelih4raan seperti kucing dan anj1ng.
Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini.
Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
Dalam seuah posting di Facebook, ahli kimia, Fatimah Salim juga menyatakan pendapat beliau tentang pokok ini.
Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah tanah yang digunakan dan disimpan dalam rumah. Tanah akan menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak.
Jadi, kena hati-hati bagi mereka yang ada masalah kesihatan, terutamanya yang rendah sistem imuniti.
Tak dinafikan tumbuhan ini memamg cantik dijadikan hiasan. Tapi kita perlulah menjaga dan meletakkannya di tempat yang selamat ya!
Bagi yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Sebenarnya tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat!
*Sumber: Pusat Racun Negara, Fatimah Salim
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih