Pejam celik pejam celik tak lama lagi rupanya kita akan berpuasa. Mengenangkan detik itu, mulalah kita ligat memikirkan menu yang bakal ingin disajikan sepanjang bulan Ramadan. Kalau boleh biarlah menu yang menepati selera keluarga dan alangkah baiknya juga jika jenis yang boleh dibuat stok.
Seperti menu yang satu ni, Sambal Tempe Bilis Kacang yang pastinya ramai menggemarinya. Bukan sahaja enak dimakan bersama nasi, malah enak juga dimakan begitu sahaja.
Pun begitu untuk yang pernah menyediakan menu ini, nyata terdapat pelbagai versi, namun resepi yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan benar-benar telah mencuri tumpuan warganet di group masakan. Jadi bolehlah dicuba!
Resepi Sambal Tempe Bilis Kacang
Sambal Tempe + Bilis + Kacang
- 6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup.
- 2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.
- 500g kacang, – cuci, tos, goreng jugak.
Untuk Sambal:
- 2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.
- 3 biji bawang merah – blend
- 5 ulas bawang putih – blend
- 1 ketul gula kabung
- 4 keping asam keping
- Garam secukupnya
- Minyak goreng tempe tadi
Cara-Cara:
1. Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.
2. Bila dah siap, tutup api, biar kejap. Letak garam ikut tekak masing-masing,
3. Kemudian masukkan tempe, kacang bilis tadi dan kacau sebati
Siap…makan nasi panas-panas memang sedap
Semoga bermanfaat
Sumber: Sharinaz Redwan Via Keluarga.my