Oh! Ini Cara Betul Buat Telur Dadar Crispy, Rangup dan Gebu

Jika ditanya, menu apakah yang paling mudah dan enak untuk dihidangkan kepada keluarga. Pastinya ramai yang akan menjawab telur.

Ini kerana telur adalah menu paling express untuk disediakan lebih lebih lagi bagi isteri-isteri yang bekerja. Dan telur adalah menu yang paling digemari. Tak kisahlah sama ada telur rebus, telur mata, telur dadar ataupun telur bistik.

Setiap kali dihidangkan, pasti licin pinggan.

Yang paling digemari oleh seisi keluarga pastinya Telur Dadar lebih-lebih lagi jika ia dimasak rangup. Boleh bertambah nasi dalam pinggan suami dan anak-anak.

Tapi ramai yang mempunyai masalah bila telur dadar yang dimasak tidak rangup malah bila dipotong, dalamnya masih belum masak.

Di laman Facebook, satu perkongsian mengenai resepi kegemaran ramai ini telah emndapat banyak like dan share.

Menurut @fikachan97 beliau telah cuba bermacam cara, namun ini resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam. Mari kita ikuti perkongsian cikka ini di bawah.

CARA MASAK TELUR DADAR VERSI CRISPY DI LUAR, GEBU DIDALAM

Cikka dah cuba macam-macam cara, tapi ni resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji telur
  • Bawang Holland yang dicincang
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukup rasa (tak masuk pun takpe)
  • 1 sudu besar cuka putih
  • ¬†susu besar air

CARA-CARA :

1. Mula-mula pecahkan dua biji telur

2. Kemudian masukkan bawang holland yang telah dicincang/potong dadu

3. Masukkan garam, perasa secukup rasa.

4. Kemudian ini bahan rahsianya iaitu 1 sudu besar cuka putih. Satu sudu je tau

6. Lepas itu masukkan 1 sudu besar air.

7. Kacau telur bersama semua bahan tadi sampai kembang dan berbuih macam ni.

8. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas.

9. Barulah masukkan telur, bila telur bahagian bawah dah cripsy baru balikkan telur.

10. Angkat telur, toskan minyak dan boleh lah dihidang.

SEDIA UNTUK DINIKMATI

Rangup di luar dan gebu di bahagian dalamnya

Sumber: @fikachan97 via Keluarga.my