Kalau dapat makan resepi yang simple untuk breakfast pun best juga. Dengan ada lapisan cheese lagi di tengah menjadikan sarapan pagi yang fancy tapi simple dan sedap. Bukan itu sahaja, hidangkan pula dengan minuman milo yang menyegarkan, nikmat rasanya.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Har Ryea perkongsian resepi Roti Cheesy Balut Telur ini
Bahan-Bahan:
- 2 biji telur
- 2 keping roti
- 2 keping keju
- Sedikit lada sulah
Cara Memasak:
1. Pukul telur dengan sedikit lada sulah.
2. Panaskan kuali leper dan dadarkan telur yang dibancuh tadi.
3. Kemudian letakkan 2 keping keju di atas telur dadar.
4. Seterusnya letakkan pula kepingan roti di atas keju tadi.
5. Mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti dan kepingan keju.
6. Kemudian terbalikkan balutan telur untuk seketika.
7. Roti Cheesy Balut Telur telah siap dan boleh diangkat.
8. Potong dan nikmatinya sementara panas untuk rasa yang lebih enak.
Kredit resepi & foto: Har Ryea Via MyResepi
Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma