Resepi Bubur Nasi Bersama Sambal Garing Ikan Bilis. Sangat Sedap Dan Membuka Selera.

Membuka selera sungguh kalau dapat makan macam ini bukan? “Slurp slurpp” bunyinya tidak sedar sudah habis 2 mangkuk, malah tambah lagi dan lagi.

Perkongsian bubur ikan bilis ini dibagikan oleh Amy Aziz Mohamed di laman Facebook. Resepi yang mudah dan sedap dan amat menggairahkan. Apalagi ditambah ikan bilis yang ditaburkan di atas bubur nasi. Makin tambah wangi dan enak rasa bubur.

Bahan-Bahan Resepi Bubur Nasi :

Bahan Bubur :

  • 1 cawan beras yang dikisar 80% hancur
  • 8 cawan air
  • Hirisan daging nipis
  • 1 cm halia yang dihiris nipis
  • 1/2 sudu teh garam

#1: Masukkan dulu 5 cawan air dan semua bahan.Masak sambil kacau sesekali bubur nasi dengan api sederhana.Bila dah mendidih baru tambah air ikut kepekatan yang anda mahu.

Bahan Sambal Ikan Bilis Udang Kering : Boleh sesuaikan kuantiti

  • 100 gram ikan bilis
  • 50 gram udang kering
  • 1 cm x 1 cm belacan *
  • 3 cili merah besar *
  • 5-8 biji cili thai kecil ( sesuaikan ikut kepedasan) *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 biji bawang merah saiz 50 sen baru *
  • 1-2 biji limau kasturi
  • Garam gula secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan Sambal Bubur Nasi :

#1: Goreng rangup ikan bilis dengan api sederhana.Rendam udang kering 15 minit supaya menjadi lembut.Baru digoreng sekejap.

#2: Kisar kasar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tumis guna sedikit minyak hasil goreng tadi sehingga garing.

#3: Masukkan ikan bilis dan udang kering tadi.Perah asam limau kasturi dan sesuaikan rasa.

Dah siap lauk untuk hidangan bubur ini.Kalau anda nak tambah lauk lain tak de masalah.Nak sediakan sup untuk bubur nasi pun boleh.

Akhir sekali,tabur bawang goreng dan daun bawang,siap dimakan.Hati-hati nanti bertambah bila makan.Selamat mencuba.

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma