Resepi Sup Telur Simple & Pasti Sedap. Ini Cara Membuatnya!

Wanita yang juga merupakan seorang ibu telah berkongsikan resipi sup telur paling sedap dan mudah untuk dimasak. Anak-anaknya juga puji sup telur beliau paling sedap di dunia. Memang seronok jika dapat pujian dari anak-anak kan? Bertambah semangat ibu-ibu nak masak! Jom ikuti resipi lengkap cara membuatnya di bawah.

Resipi Sup Telur Paling Sedap by MamaOhsem

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 7 biji fishball (belah dua)
  • Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
  • 3 ulas bawang putih(dicincang)
  • Kiub pati ayam(guna separuh je)
  • Lada sulah
  • Garam
  • 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
  • Minyak masak

Cara-cara Memasak:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
  2. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
  3. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)
  4. Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
  5. Sedap dinikmati ketika supnya masih panas-panas.***

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Nora Azni
Link FB : https://www.facebook.com/ciknora.azni