Resepi Mudah Coklat Kayangan Ala ‘Royce’, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Jimat

Sebelum ini viral coklat ‘kayangan’ jenama Royce yang dikatakan sangat sedap terutamanya bagi peminat coklat. Harga untuk sekotak kecil lebih kurang RM60 tetapi sekarang ini sudah ramai peniaga yang menjual coklat seperti itu dengan harga yang lebih murah.

Sebenarnya coklat ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih berpatutan. Rasanya mungkin tidaklah 100 peratus sama tetapi untuk merasa dan menjimatkan wang, ia sudah cukup berbaloi untuk dicuba.

Berikut kami kongsikan resipi coklat ala Royce yang telah diolah oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Adilah Hamzah.

Bahan-bahan:

  • – 400gm coklat kompaun
  • – ¾ cawan whipping cream
  • – Serbuk koko

Cara Menyediakan:

1. Alaskan loyang 8 inci dengan parchment paper

2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil

3. Panaskan suhu sehingga mendidih, kemudian tutup api

4. Masukkan ke dalam coklat yang sudah dipastikan tiada ketulan kerana kalau tak nanti tekstur tidak menjadi licin. Kacau hingga sebati.

5. Selepas itu, masukkan ke dalam loyang. Sejukkan selama 30 minit

6. Kemudian, keluarkan dari peti sejuk 10 minit sebelum dipotong

7. Taburkan serbuk koko di atas coklat

8. Pastikan pisau direndam dalam air panas setiap kali ingin memotong coklat agar hasilnya kemas dan menawan

Mudah sahaja kan? Selepas ini tak perlu beli lagi, buat sahaja di rumah lebih menjimatkan. Selamat mencuba!

Sumber: Adilah Hamzah Via Remaja