Biasanya kalau carrot dah lembik dan layu kita akan terus buang kan? Nak buat masak pun dah tak sedap dan tak elok.
Rupanya ada cara mudah supaya carrot jadi keras dan segar semula macam baru beli. Jadi selepas ini tak perlu membazir lagi.
Boleh cuba tips yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Munirah Jamaludin ini.
Cara Segarkan & Keraskan Semula Kalau Carrot Dah Lembik
Cara-Caranya:
1. Kupas/buang kulit carrot yang sudah lembik.
2. Potong kecil carrot tersebut dan rendam dalam semangkuk air. Biarkan seketika.
3. Hasilnya carrot akan jadi segar dan keras semula. Boleh digunakan untuk masak seperti biasa.
Semoga bermanfaat! Lihat video penuh di bawah.
@munirahjamaludin_ carrot dah lembik? Haaa.. jangan buang. Ni cara dia nak bagi fresh balik.. #tipsdapur #greatestmakanhits #fypシ
Sumber: TikTok @munirahjamaludin Via Myresipi