Resepi Sup Ikan Merah Dengan Sambal Kicap, Paling Simple Tapi Sedap

Kalau dapat makan Sup Ikan Merah memang sedap. Digandingkan pula dengan nasi panas dan sambal kicap. Bertambah nikmat makan hidangan tersebut. Resepi ini pun mudah sahaja. Boleh buat makan tengahari bersama keluarga.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Annida Ammar perkongsian resepi Sup Ikan Merah ini.

Bahan-Bahan:

Bahan A (Sup Ikan Merah):

  • Ikan merah
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kayu manis
  • Garam
  • Daun sup
  • Lobak
  • Sedikit air
  • 2 sudu minyak masak

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, masukkan minyak dan kayu manis.
  2. Kemudian, tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan sampai naik bau.
  3. Masukkan garam dan air. Biarkan ia menggelegak.
  4. Seterusnya, baru masukkan ikan. Jangan dibalik-balikkan, nanti hancur.
  5. Akhir sekali, masukkan lobak dan daun sup.

Bahan B (Sambal Kicap):

  • Lada api
  • Bawang putih (Ditumbuk)
  • Kicap masin Jalen
  • Gula
  • Limau

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, tumbukkan lada api dan bawang putih.
  2. Kemudian, masukkan kicap masin dan gula.
  3. Perahkan limau serta kulit limau di hiris halus. Masukkan sekali dalam sambal tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resepi dan gambar: Annida Ammar(Facebook) Via ICookAsia