Cara Masak Tomyam Ayam Sedap Tanpa Guna Pes

Jika terasa nak makan tomyam tapi kehabisan pes, boleh cuba resepi ni. Ringkas, mudah tapi sedap perkongsian saudari Noorzairahasra Ab Ghani ni memang berbaloi untuk anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESEPI TOMYAM AYAM TANPA PES

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam secukupnya – potong kecil
  • 2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • 4 batang serai – ketuk
  • 2-3 hiris lengkuas
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 3-4 sudu makan sos cili
  • Sedikit kubis – hiris
  • 1 batang saderi – hiris
  • 1 biji bawang holland – hiris
  • 1 biji tomato – potong 4
  • Cendawan secukupnya
  • Beberapa biji cili padi
  • 2-3 biji limau nipis
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 2-3 tangkai daun ketumbar – hiris kasar
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, bawang putih, serai, lengkuas dan daun limau purut ke dalam kuali. Masak hingga mendidih.

2. Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan hingga empuk.
<

3. Seterusnya tambahkan sos cili. Kacau hingga sebati.

4. Bila kuah menggelegak, masukkan kubis, saderi dan bawang holland. Anda juga boleh pelbagaikan sayur ikut citarasa.

5. Setelah kubis lembut, masukkan cendawan, tomato dan cili padi. Masak seketika.


6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan juga jus limau nipis dengan secukupnya. Jika kurang suka rasa masam, boleh kurangkan jumlah jus limau.

7. Tambahkan hirisan daun ketumbar dan bolehlah diangkat serta dinikmati.

Sumber: Noorzairahasra Ab Ghani Via Rasa