Resepi Puding Laici Berkuah, Mudah Sungguh Nak Buat, Layan Makan Sejuk-Sejuk!
Puding laici sejuk memang jadi kegilaan anak-anak kita. Apa lagi diletakkan dalam bekas cantik dan comel. Memang layan makan seisi keluarga. Nak buatnya pun bukan main senang.
Puding laici berkuah yang dikongsikan oleh Pn Aisyah Humaira ni mama wajib cuba. Senang!
Hujan panas, hujan panas tekak rasa nak sejuk manis. Jom cuba Puding laici berkuah. Semudah ABC!
Bahan-bahan:
- 1 pekat agar² -sukatan air ikut arahan dibelakang bungkusan.
- 2-3 sb gula
- 4 sb kordial laici
- 1 tin susu cair
Cara Membuatnya:
1. Didihkan agar-agar bersama air sampai hancur.
2. Masukkan 2-3 sudu besar gula. Jika suka manis boleh lebihkan.
3. Masukkan 4 sudu besar kordial laici. Didihkan semua ni hingga sebati.
4. Susun buah laici dalam bekas, kemudian tuang beberapa senduk agar-agar tadi dan bekukan.
5. Baki agar² dalam periuk tadi masukkan setengah tin susu cair dan cebisan buah laici.
6. Tuang lapisan susu ni dalam bekas agar-agar yang dah beku.
7. Siap! Makan bersama susu cair jika suka berkuah.
Sumber; PaMa