
Kek pandan bersantan, menu mudah untuk minum petang. Memang sedap dan mudah untuk dibuat. Tidak perlu guna planta atau marjerin pun kek dah jadi gebu gebas. Jom kita intai resipi perkongsian oleh Siti Sarah Hamid ini.
KEK PANDAN BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 200ml santan
- 2 sudu makan susu pekat
- 1 sudu serbuk penaik
- 1 sudu ovalette
- Emulco pandan
- Pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN:
1. Putar telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik. Masuk sedikit demi sedikit.
4. Masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
5. Letak adunan di dalam loyang 8×8 dan panaskan oven dalam 5-10 minit.
6. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 40 minit, bergantung pada oven masing-masing.


Selamat mencuba.
Sumber: Siti Sarah Hamid via Loyang & Acuan via Rasa