RESEPI NASI AYAM SEDAP MABELESS

Bahan Bahan

Untuk Nasi

  • 1. Beras
  • 2. Penumis 4 sekawan
  • 3. Butter
  • 4. Bawang besar
  • 5. Bawang putih
  • 6. Halia sedikit
  • 7. Kiub ayam

Untuk Ayam

  • 1. Ayam segar ( potong 4)
  • 2. Perencah secukup rasa
  • 3. Kicap soya cair

Untuk Sup

  • 1. Penumis 4 sekawan
  • 2. Sup bunjut
  • 3. Tulang ayam, kaki ayam
  • 4. Daun sup, daun bawang

Untuk Sos Lada

  • 1. Cili besar merah
  • 2. Bawang putih 2 ulas
  • 3. Sedikit gula
  • 4. Garam

Hiasan Lain

  • 1. Tomata
  • 2. Salad
  • 3. Bawang goreng
  • 4. Timun

Cara Masak Nasi Yang Sedap.

1. Basuh beras dan toskan.

2. Masukkan butter sedikit dan tumiskan 4 sekawan dengan bawang putih, merah dan halia yang dah ditumbuk halus.

3. Dah naik bau bahan tumis tadi, masukkan beras. Masukkan air dan masukkan kiub ayam.

4. Masakkan nasi seperti biasa.

Cara Masak Kuah Sup.

1. Tumiskan dengan bahan bahan diatas. Masukkan bahagian tulang, tengkuk dan kaki ayam tadi.

2. Masukkan air, sup bunjut dan perasakan dengan garam.

3. Didihkan semua hingga masak.

Cara Masak Kuah Sos Cili

1. Blend kan cili besar ikut berapa biji nak. Masukkan sekali bawang putih. Jangan banyak nanti rasa pahit kalau letak banyak bawang putih ni.

2. Letakkan sedkit gula dan garam. Perasakan dulu.

3. Didihkan kuah sehingga sos masak.

Cara Goreng Ayam

1. Ayam yang dah siap basuh kene tos sekejap air dia ye. Gaulkan sedikit dengan serbuk secukup rasa. Kunyit tak perlu tau. Jangan letak pulak nanti dah tak sedap. Kalau dapat perap dulu ayam tu dengan serbuk secukup rasa sebelum masak yang lain lain.

2. Masa nak makan baru siram dengan kicap cair tu ye.

Dah siap semua boleh tabur nasi dan ayam goreng dengan daun sup dan nasik.

Siap dah. Kompom anak anak suka. Mak ayah pun suka. Lagi tengah panas makan semua sedap.

Kredit: Saleha Maarof