1. Pastikan tiada sumber
makanan yang terdedah
Pastikan tiada sisa makanan yang tertinggal dan bersihkan peralatan dapur selepas
memasak. Bersihkan meja makan dan jangan lupa untuk tutup tong sampah.
2. Tutup sebarang rekahan pada
pintu, tingkap atau dinding
Rekahan-rekahan ini merupakan “pintu masuk’ mudah bagi cicak untuk masuk ke
dalam kawasan rumah anda. Selain itu, haiwan ini juga boleh menyembunyikan diri
di celah-celah rekahan. Jadi, tutuplah rekahan dinding rumah anda. Selain itu,
anda juga boleh letakkan jaring di bahagian-bahagian rumah seperti laluan
keluar masuk udara.
3. Pelihara kucing
Kucing mempunyai naluri memburu dan walaupun secara tidak langsung, perkara ini
boleh mengurangkan populasi cicak di rumah anda.
4. Menggunakan kulit telur
Kulit telur merupakan antara langkah yang paling popular untuk menghalau cicak
dari rumah anda. Anda juga boleh gunakan telur burung puyuh.Letakkan di sekitar
kawasan rumah di mana cicak sering dilihat, ia boleh menghalau cicak dari
kawasan tersebut. terdapat bahan sulfur dalam kulit telur yang akan membakar
abdomen cicak. Gantikan kulit telur setiap tiga minggu.
5. Menggunakan bawang merah
Bawang merah boleh dipotong, atau dikisar dan diletakkan di tempat yang disukai
cicak.Kandungan bawang merah yang mengandungi sulfur dan bau yang tengik akan
membuatkan cicak tidak gemar dan akan menghindari kawasan itu. Selain itu, anda
boleh gunakan bawang putih sebagai alternatif.
6. Cuka, lemon dan serbuk cili
Cicak sangat tidak suka pada bau cuka dan lemon, manakala serbuk cili boleh
mendatangkan iritasi kepada kulit, mata dan hidung cicak. Ini akan membuatkan
cicak akan menjauhi kawasan semburan secara semulajadi.
Ini cara-caranya :
1. Campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili.
2. Kemudian, larutkan dengan cuka dan air.
3. Masukkan di dalam botol spray dan gocangkan sehingga campuran tersebut
sebati.
4. Semburkan di kawasan yang selalu ada cicak.
Selamat Mencuba!