Kuih onde-onde sentiasa menjadi pilihan ramai sebagai pencuci mulut ketika berbuka di bulan Ramadan. Kalau pergi bazar, memang wajib beli onde-onde ni.
Tapi katanya sekarang di bazar, mana-mana gerai beratur panjang termasuk gerai kuih. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah, mudah je nak buat rupanya!
CARA BUAT KUIH ONDE-ONDE MUDAH, SEDAP & LEMBUT
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau
- Seketul gula melaka (dipotong dadu)
- Sedikit garam
- 1/2 biji kelapa parut (ditambah sedikit garam)
Cara-Cara Membuatnya:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam satu bekas.
2. Tuangkan air pandan yang sudah dicampur pewarna hijau, tuangkan sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.
3. Uli sehingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan serta boleh dibulat-bulatkan.
4. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan doh.
6. Buatkan adunan tadi sehingga habis dan susun di atas dulang yang sudah ditabur dengan sedikit tepung gandum.
7. Didihkan air di dalam periuk, masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.
8. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika, kemudian boleh diangkat dan ditoskan airnya.
9. Selepas itu golekkah kuih tadi di atas kelapa parut.kuih onde-onde
Tips: Kukus kelapa seketika supaya onde-onde tahan lama dan tidak cepat basi.