Kalau ditanya tentang menu minum petang legend dan menjadi kegemaran ramai, pastinya tak lain tak bukan Cekodok Pisang. Bukan sahaja mudah, tapi murah dan sedap. Bagi ibu-ibu yang nak mencuba resipi lain cekodok ini, cuba yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat. Selamat menggoreng.
Bahan-Bahan:
10 biji pisang (macam dalam gambar di bawah. Kalau buah pisang yang besar kurang kan. Dilenyek dan ketepikan.
- 2 sudu besar planta
- 4 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan lebih sikit tepung gandum
Cara Buat:
1. Semua bahan di atas masukkan ke dalam bekas kecuali tepung gandum.
2. Gaul sebati jangan dikisar yer nanti tak sedap.
3. Kemudian masukkan tepung gandum.
4. Perap selama 1/2 jam.
5. Goreng dalam minyak yang panas api sederhana saja.
6. Sedia untuk dimakan
Kredit: Noriza Awang Hamat Via Rasa