Resepi Biskut Double Choc Chips Guna Sukatan Cawan

Biskut Double Choc Chips ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Mariana Zainal, resepi ni memang sangat senang kerana bahan-bahannya guna sukatan cawan.

Cumanya pastikan anda tidak ‘curang’ dengan resepi yang diberikan. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.

CARA BUAT BISKUT DOUBLE CHOC CHIPS

BAHAN A:

  • 1 ½ cawan gula perang – boleh gantikan dengan gula kastor
  • 250gm mentega
  • 1 cawan penuh minyak jagung – boleh gantikan dengan minyak masak
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit garam – untuk naikkan rasa lemak biskut
  • 1 sudu makan susu cair – kadang-kadang empunya resepi letak 1 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu makan esen vanilla

BAHAN B:

  • 4 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 3 sudu makan serbuk koko

BAHAN C:

  • 1 cawan cip coklat
  • 1 cawan badam cincang
  • 1 cawan badam slice

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan A dan kacau sebati menggunakan senduk.

2. Masukkan bahan-bahan B. Kacau sebati.

3. Seterusnya masukkan bahan-bahan C. Kacau sekali lagi hingga semua bahan bercampur sempurna.

4. Sudukan adunan biskut ke atas dulang pembakar. Boleh juga cubit menggunakan tangan dan tekan menggunakan garpu.

5. Masukkan biskut ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-170C. Bakar selama 15-18 minit menggunakan api atas bawah. ( masa memasak mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar)

6. Bila siap, keluarkan biskut dan sejukkan. Info penting: Bila siap dimasak, biskut ini memang lembut. Biarkan sejuk kerana ia akan menjadi keras dan rangup.

Sumber: Mariana Zainal Via Rasa