Alang-alang hendak mencari info untuk menanam pokok bunga ros jepun ini, lebih baik kiranya kita cungkil ilmu tersebut dari yang mahir tentangnya.
Umpamanya daripada orang yang menanam dan menjual sendiri pokok ros jepun tersebut seperti puan Nur Rabitahani ini.
Pastinya pengalaman dan kepakaran yang dimiliki olehnya cukup banyak dan dapatlah dimanfaatkan bersama melalui perkongsian diakaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
INFO BERGUNA PADA PENCINTA ROS JEPUN
1.Bunga ros jepun berbunga banyak bila dapat cahaya matahari penuh.
2. Bunga ros jepun berbunga banyak bila baja 1minggu sekali atau 2 minggu sekali.
3. Bunga ros jepun kurus tanda cahaya matahari kurang.( kurus memanjang)
4. Bunga ros jepun kurus sebab tanah keras.( akar tak dapat berkembang)
5. Bunga ros jepun kurus sebab tanam terlalu rapat.(15 @ 20keratan 1 pasu dah cukup)
6. Bunga ros jepun sukakan tanah gembur dan air mudah mengalir.
7. Bunga ros jepun carnation( daun tajam) tahan musim hujan/air banyak.
8. Bunga ros jepun selapis dan jambul tak tahan musim hujan, batang mudah lecur/lembik
9. Bunga ros jepun jenis tumbuhan sekulen macam keluarga kaktus.
10. Sekulen bermakna akar pokok akan serap air sebanyak mungkin bila musim hujan boommm meletup batang ros jepun, kena jangkitan kulat dan buruk.
11. Baja kimia pastikan tabur sekata dan siram dengan air. Jangan sesekali longgok. Baja kimia tidak bahaya seperti raacun kimia yang bersifat toksid, ramai yang salah faham dan takut guna baja kimia, sedangkan baja kimia di olah supaya senang diserap pokok berbanding baja organik yang perlu melalui proses pereputan seperti tinja ayam.
12. Bunga ros jepun mudah rosak jika hujan berhari- hari.
13. Ramai tokey atau penjual bunga akan stop jual bunga ros jepun bila musim tengkujuh/banjir.
14. Kekerapan hujan banyak merosak kan pokok .
15. Untuk tanam ros jepun sepanjang tahun perlukan rumah perlindungan hujan terutama musim tengkujuh.
16. Rumah perlindungan hujan benarkan cahaya matahari menembusi tetapi tidak air.
17. Rumah perlindungan hujan mestilah berbumbung plastik jernih atau atap jernih.
18. Ingat ros jepun dan cahaya matahari tak boleh di pisahkan.
19. Ros jepun nama lain kembang pukol 9 /pkol 10 .
20. Ros jepun yang di gantung lebih mudah gebu dari tanam atas tanah.
21. Siput khinzir sukakan ros jepun jika ada tabur racun siput.
22. Bena( serangga putih) jangan di biarkan membiak, pokok boleh rosak.
23. Makanan bena ada pada batang lembut ros jepun dan bahagian pucuk, sap pokok/ cecair sap/bendalir pokok merupakan makanan kesukaan bena.
24. Bila serangga bena suntik dan menyedut cecair sap, akibatnya daun kerekot dan pucuk kerekot jika diabiarkan lama pokok mati.
25. Serangan virus daun kerinting dan pucuk hangus kehitaman merupakan penyakit yang mampu membvnuh semangat anda untuk berkebun ros jepun.
26. Serangan ini mampu merosak 1pasu atau setaman ros jepun anda. Anda akan menangis kalau ini terjadi.
27. Lihat tanda pokok yang terkena penyakit, jika 1 pasu kerekot atau hangus, asingkan cepat2 dari pokok lain.
28. Sembur raun organik 1 atau 2minggu sekali untuk cegah.
29. Rawat pokok yang pucuk kehitaman dengan memotong ranting atau pucuk yang hitam,trim (togelkan pokok). Sembur racun organik brogard 1kali sehari waktu senja selama 3hari. In shaAllah tunas baru yang naik sehat.
30. Amalkan semburan racun organik seminggu sekali untuk cegah masalah bena dan penyakit.
31. Elak kan guna tanah bersabut tanam ros jepun, musim panas tak jadi masalah tapi akan bermasalah bila musim hujan.
32. Tanah yang elok adalah tanah yang gembur, tidak keras dan mampu mengalirkan air dengan baik. Contoh tanah organik . Campuram pelbagai jenis bahan. Tanah biasa, tanah hitam, sekam padi, bahan2 organik dan lain2.
33. Jika anda nak berjaya tanam ros jepun yang baik guna tanah yang elok, jaga baja, pastikan ros jepun kena panas ,jaga siram dan kawal perosak.
(Tips untuk ros jepun hidup sihat.)
- Baja setiap minggu.
- Tanam ros jepun 100% kena cahaya
- Siram pagi dan petang
- Kawal perosak dan virus jika ada
- Gunakan tanah yang subur dan gembur
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih
Sumber : Nur Rabitahani via keluarga