Tidak lengkap masakan kita tanpa bawang – tidak kiralah bawang merah, bawang putih, bawang besar mahupun bawang Holland sekali pun! Hal ini kerana, bawang merupakan antara bahan terpenting dalam masakan di mana ia memberi perasa kepada makana yang dimasak.
Tanpa bawang, masakan tidak akan sempurna. Oleh kerana ia digunakan dalam kebanyakan masakan, maka adalah lebih baik untuk kita menanam sendiri pokok bawang. Jika diteliti, harga bawang saban berubah mengikut musim di mana ia boleh naik dengan mendadak. Jadi apa kata kita menjimatkan wang dengan menanamnya sendiri dengan menggunakan kotak telur sahaja – lebih praktikal.
Ada segelintir individu yang menggunakan kaedah mudah ini bagi menanam bawang di rumah untuk kegunaan keluarga. Dengan menggunakan papan kotak telur, kita tidak perlu lagi menggunakan tanah, selain tidak menggunakan sebarang r4cun agar ianya selamat. Berikut merupakan kaedah mudah untuk anda ikuti bagi menanam bawang di rumah menggunakan bawang dan papan kotak telur sahaja.
1. Sediakan lima kotak telur, cucuk sedikit pada kotak telur agar terdapat lubang kecil di permukaannya. Hal ini penting agar air boleh menembusi daripada lubang kecil
2. Letakkan dan susunkan bawang di dalam karton telur berkenaan
3. Perlu diingatkan agar tanaman ini tidak didedahkan secara langsung dengan cahaya matahari
4. Siram dua kali sehari
Mudah bukan cara menanam sendiri pokok bawang tanpa tanah? Jadi, selepas ini anda tidak perlu lagi membeli bawang. Secara umumnya, bawang sangat berkhasiat kerana kaya dengan potasium, kalsium, vitamin C, vitamin B, karotena, asid fol1k dan banyak lagi!
Ia juga mengandungi selenium yang berupaya meningkatkan imuniti selain menjadi sumber am1no asid dan serat. Ia sangat berkesan dalam menyeimbangkan suhu perut, kadar peluh, membasmi kahak, diuresis dan sebagainya. Justeru, amalkan memakan bawang ya!
Kredit: Rahsia Rumahtangga