Allah SWT menciptakan berbagai jenis tumbuhan seperti sayur sayuran di muka bumi ini yang semestinya mempunyai khasiat tersendiri untuk kegunaan manusia.
Kita sebagai rakyat Malaysia amat beruntung kerana negara kita sangat subur dengan berbagai jenis sayur-sayuran. Terdapat lebih dari 50 jenis sayur-sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai uitamin dan protein. Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan.
Mungkin ada yang belum tahu, sayur taugeh sangat baik untuk meningkatkan kesuuburan lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkah win dan masih mencuba untuk mendapatkan zu riat, amalkan memakan sayur taugeh.
Berikut merupakan antara khasiat yang ada di dalam sayur taugeh:
1) Sumber Enzim
Taugeh mengandungi i00 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak. Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tu buh, iaitu meningkatkan fungsi organ dalam tu buh.
2) Sumber Protein
Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi uegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam. Taugeh mengandungi lebih kurang e5 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.
3) Mudah Dihadamkan
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah pengha daman.
4) Menurunkan Berat Badan
Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tu buh. Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kelebihan taugeh ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menu runkan berat badan.
5) Meningkatkan Kesuburan
Taugeh mengandungi uitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dapat meningkatkan kesu buran lelaki kerana pelbagai horm0ne lelaki dapat dihasilkan dengan rang san gan ketika menikmati sayur ini.
6) Mencegah Anemia
Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel d$rah merah. Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membantu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.
Petua “orang lama” pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak sihat dan su bur.
Kepada pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga namun belum dikurn iakan anak, anda harus berikhtiar dengan mengambil sayur taugeh sebagai makanan anda. Semoga Allah mengurniakan zu riat kelak.