Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki yang baik? Dan apakah cara mendapatkan rezeki yang baik? Mohon penjelasan.
Jawapan:
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” [Riwayat Ibn Majah (925)]
Syeikh Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahtani menyebut: “Rezeki yang baik adalah rezeki yang halal.” (Lihat Syarh Hisn al-Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129)
Kita diajar supaya mencari rezeki dan memakan dari sumber yang halal. Hal ini berbetulan dengan sebuah hadis yang masyhur, daripada Abi Hurairah R.A, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: “يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا”، وَقَالَ تَعَالَى: “يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ” ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟”.
“Sesungguhnya Allah Taala Maha Baik dan hanya menerima yang baik.
Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk
(melakukan) perintah yang disampaikan kepada para Nabi. Kemudian beliau membaca
firman Allah: ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan
kerjakanlah amalan yang soleh.’ Dan firman-Nya: ‘Wahai orang-orang yang
beriman, makanlah dari makanan yang baik baik yang telah Kami anugerahkan
kepadamu.’ Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan
perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi ku sut, dia menadah
tangannya ke langit dan berdoa: ‘Ya Rabbku, ya Rabbku.’ Akan tetapi makanannya
h4ram, minumannya h4ram, dan ia diberi makan dengan yang h4ram. Maka bagaimana
mungkin doanya dikabulkan?” [Riwayat Muslim (1015)]
Tayyib bermaksud suci bersih dari segala kekurangan. Dikatakan tayyib sebagai salah satu sifat Allah. (Lihat Ikmal al-Mu’lim, 3/535)
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا
“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal
dan kerjakanlah amal-amal soleh.” [Surah al-Mukminun (51)]
Syeikh al-Maraghi berkata: “Di sini perintah memakan makanan yang baik didahulukan berbanding dengan perintah mengerjakan amalan soleh, bagi menunjukkan bahawa amalan soleh tidak akan diterima jika tidak didahului dengan memakan makanan yang halal.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/289)
Untuk mendapatkan rezeki yang halal dan baik, hendaklah kita berusaha dan bekerja dengan tangan kita seperti hadis daripada Sa’id bin ‘Umair al-Ansari, katanya:
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ؟ قَالَ: عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ، وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
Ditanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah pekerjaan yang paling baik?” Jawab Baginda: “Amalan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jualan yang baik.” [Riwayat Ahmad (17265), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1171) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (13939)]
Begitu juga, salah satunya dengan melaksanakan aktiviti perniagaan, namun ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan amanah. Bekerja sebagai penjawat awam dalam agensi kerajaan juga adalah baik dengan syarat mestilah menunaikan segala kehendak, syarat dan termanya yang telah ditetapkan. Di samping itu, hendaklah menghasilkan pekerjaan yang kreatif, produktif dan inovatif dalam meningkatkan perkhidmatan yang ditaklifkan dan diamanahkan.
Pada saat yang sama, hendaklah kita menghindari segala cara untuk mendapatkan rezeki secara h4ram seperti men1pu, mer suah, makan r1ba, makan harta anak y4tim, pecah amanah, mengurangkan timbangan, mencu ri, mer0mpak, meny4mun dan sebagainya. Ingatlah bahawa rezeki yang kita perolehi dan cara kita belanjakannya akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari Akh1rat kelak. Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ
“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada
hari Ki4mat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu); tentang umurnya
untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang
hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia
belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”
[Riwayat al-Tirmidzi (2416)]
Akhir kalam, kami nukilkan di sini beberapa mutiara hikmah berkenaan dengan rezeki:
- Hamzah al-‘Abdi berkata: Kami datang mengunjungi Murrah bin Syarahil lalu dia berkata: “Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak menulis ke atas hamba-Nya sebarang bala, kecuali pasti berlaku sekalipun seorang hamba mentaati-Nya. Dan Allah tidak menulis bagi seorang hamba sebarang rezeki kecuali pasti ditunaikannya sekalipun seorang itu menderh4kai-Nya.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 4/163)
- Ubaidullah bin Muhammad bin Yazid berkata: Aku mendengar ayahku menyebut bahawa mereka telah mengunjungi Abu Hazim lalu berkata: “Wahai Abu Hazim, tidakkah kamu melihat harga barang sekarang ini mahal?” Lantas dijawabnya: “Apakah yang meruns1ngkan kamu demikian itu? Sesungguhnya Yang Memberi Rezeki pada kita pada masa barang murah, Dia-lah juga yang memberi rezeki pada kita pada masa barang mahal.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 3/239)
Semoga Allah SWT kurniakan kita rezeki yang halal dan diberkati. Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ ، وَإِنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih