Nak membeli bahan udang ni kena berkira sikit kan. Kena cari yang betul-betul segar di pasar supaya udang tidaklah berbau hanyir dan masakan pun lagi bertambah sedap. Bila dah dapat yang fresh, apa lagi. Masak la Udang Masam Manis ni.
Masakan yang jarang dibuat orang, tapi rasanya sangat enak. Kalau nak tahu apa rasanya, jom la cuba masak!
Terima kasih Siti Fatimah untuk perkongsian resipi Udang Masam Manis ini
Bahan-Bahan:
- 7 ekor udang besar
- Cili kering 2-3 sudu besar
- Bawang kecil 3 ulas
- Bawang putih 2 ulas
*Semua bahan diatas blend
- Sedikit air asam
- Sedikit sos cili
- Sedikit kicap manis
- Sedikit halia hiris nipis untuk tumis
- Pati ayam setengah ketul
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit daun kari
- Sedikit daun bawang
- Cili padi 6 biji
- Sebiji bawang besar untuk hiasan
Cara memasak:
1. Tumiskan halia dengan bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan udang, air asam jawa, cili sos, kicap manis, pati ayam, gula dan garam masak sampai kuah pekat.
3. Kemudian masukkan bawang besar, daun kari, daun bawang dan cili padi.
4. Siap
Sumber: Siti Fatimah Via ICookAsia