Homemade Kaya Pandan. Buat Stok Banyak-Banyak, Boleh Simpan Dalam Peti Ais. Jimat, Tak Payah Beli Dekat Luar Dah

Sekarang ini, semua resepi boleh dibuat sendiri. Belajar sendiri di rumah. Anda hanya perlu masa lapang untuk isikan dengan memasak. Seperti perkongsian resepi kali ini, kebiasaanya hidangan ini dipesan atau dimakan di kedai sahaja. Siapa sangka, kita boleh buat sendiri di rumah?

Makan pula bersama roti kukus dan cicah atau sapu kaya pandan homemade ini. Kalau di ajak makan beramai-ramai ini, confirm semua berebut sebab sedap sangat!

Terima kasih Fazelina Isa untuk perkongsian resepi Kaya Pandan ini

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula (“cikgu fazz buat 3/4 je”)
  • 1 kotak santan (200g)
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur 
  • Sedikit garam
  • Titiskan sedikit pewarna hijau kalau nak

Cara-Caranya:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil.
  2. Tenggekkan atas api dan kacau hingga ia berkilat. 

Siap! Sekejap kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resepi dan gambar: Fazelina Isa Via ICookAsia

Download Ebook PERCUMA (PDF): 12 Resipi Masakan Tanpa Minyak. Ini link downloadnya: kliksini.top/ebook-percuma