Kulit Pisang Juga Boleh Membantu Memutihkan Gigi.

Sekarang tengah panas tentang susu pisang Nilofa, korang dah minum ke belum? Rata-rata pengguna yang dah cuba, kata sedap.

Tapi bukan itu yang penulis ingin katakan. Penulis tahu setiap orang inginkan senyuman manis memikat dengan gigi putih bersinar. Nak tahu, kini anda boleh miliki semua itu dengan dengan menggunakan ramuan paling mudah dan murah ini sahaja.

Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Ya, anda tidak perlu menggunakan bahan kimia apatah lagi habiskan duit untuk rawatan, hanya gunakan kulit pisang sahaja sudah cukup. Nak tahu caranya?

Kaedahnya

Cara sangat mudah, hanya memilih pisang yang matang tetapi elakkan yang kulitnya hitam. Setelah anda makan buah pisangnya, gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit.

Selepas itu, buka mulut dan jauhkan gigi dari bibir. Mungkin terasa tidak selesa tetapi cara ini akan menjaga kulit pisang bekerja dengan baik pada gigi.

Selepas 10 minit, sikatlah gigi dengan berus gigi kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 – 3 minit. Kemudian basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang di gigi. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal.

Bagaimanakah ia berfungsi? Kalium, magnesium dan manganese, semuanya dari kulit pisang membantu untuk mengurangkan kotoran pada enamel.

Hebat bukan? Gigi putih tanpa bahan kimia atau rawatan mahal.

Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber  : Bidadari