Ketahui 3 Rahsia Ini Membuatkan Hati Anda Lapang

Hati atau jiwa yang lapang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tidak juga boleh dikutip di kaki lima atau jalanan. Tidak juga hati yang lapang itu dapat dirasai dengan jaminan harta yang bertim-bun banyaknya.

Kita fikir-fikirkan kembali, besar sebenarnya nilai kelapangan hati itu sehingga wang yang banyak bukan menjadi tukarannya.

Bila kita berbicara soal hati, tiada sesiapa yang lebih mengerti melainkan Allah S.W.T dan kita itu sendiri walaupun adakalanya kita akan terkeliru dengan isi hati sendiri.

Urusan kelapangan hati sebenar-benarnya adalah urusan kita dengan Allah. Jika manusia lain seperti kita ini kita dapat tipu dan sembunyikan segala keresahan atau kebimbangan, maka Allah tidak akan sesekali tertipu.

Bila hati yang satu itu tidak lapang, semua serba tidak kena. Kerja juga tidak berjalan dengan lancar bahkan tidak keterlaluan hati juga akan terasa ketandusan terhadap sesuatu. Betul, kan?

Berikut adalah perkara yang perlu kita fikir-fikirkan kembali untuk memiliki hati yang lapang. Tid-aklah terlalu rahsia sebenarnya. Mungkin biasa kedengaran, tetapi tidak biasa kita lakukan.

#1 – Melakukan Kebaikan Demi Kebaikan

Mahukan hati yang lapang? Paling mudah, adalah dengan melakukan kebaikan. Tidak kira kebaikan apa pun. Yang sekecil-kecilnya dan yang sebesar-besarnya.

Melakukan kebaikan termasuk dalam perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada diri sendiri. Seringan-ringan kebaikan adalah senyum kepada orang lain.

Siapa tahu dengan senyuman itu memberi keceriaan kepada seseorang yang mungkin hari yang di-laluinya terasa berat dan panjang.

Melayan orang lain sepertimana kita mahu dilayan dengan baik itu juga adalah kebaikan. Memu-dahkan urusan orang yang berkaitan dengan kita juga adalah kebaikan.

Bercakap dengan sopan dan tidak meninggi-ninggikan suara itu juga satu kebaikan. Memberi laluan kepada kereta di atas jalan raya walhal kita berhak untuk lalu terlebih dahulu juga, adalah satu ke-baikan. Hatta memuat naik status yang baik-baik di laman media sosial, itu adalah kebaikan.

Ada orang, katanya tunggulah diri kita ini jadi baik barulah buat baik dalam semua hal. Kata-kata itu, pada zahirnya ada betulnya. Namun, apa ukuran kebaikan bagi seorang manusia?

Sedang kita ini adalah seorang manusia yang tidak tetap hatinya. Dan kerana itu, jika ada kesem-patan untuk melakukan sebarang kebaikan, maka lakukanlah dengan segera.

Jangan bertunda-tunda, kerana pasti kita akan menyesal kemudian nanti apabila kesempatan untuk melakukan kebaikan itu tidak berulang lagi.

#2 – Bersedekah Dan Janganlah Kikir

Seorang kawan non-muslim saya tertarik dengan penekanan konsep bersedekah dalam Islam. Katanya dia tertarik dengan konsep pemberian atau sedekah yang kita berikan itu sebenarnya bukanlah mengurangkan, bahkan menambahkan lagi.

Benar, sebenarnya sedekah adalah antara faktor dari sekian banyak hal yang mampu menciptakan kedamaian dan kelapangan di dalam dada. Allah berfirman yang bermaksud;

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran yang tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.”
Surah al-Baqarah: 265

Kerana itu, harta yang banyak dan bertimbun sesekali tidak pernah menjadikan kelapangan hati itu satu pertaruhan.

Harta yang menimbun tidak membuatkan seseorang itu akan hidup selama-lamanya. Sedekah, infak atau wakaf tidak juga membuatkan seseorang itu miskin atau semakin dekat kepada ajalnya.

Pahala berpanjangan kepada sesiapa yang suka memberi kerana itu janji Allah, walaupun si pemberi sudah bersemadi di alam kubur, bahkan.

#3 – Memberi Pinjaman Kepada Allah

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya;

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipatgandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu.”
Surah at-Taghabun :17

Memberi pinjaman kepada Allah? Apa sebenarnya maksudnya? Adakah Allah memerlukan pin-jaman dari hamba-Nya walhal Allah Maha Kaya dan Pemilik Sekalian Alam? Senyum.

Di dalam kitab Ibnu Katsir, ayat itu ditafsirkan dengan bermaksud seberapa besar pun yang kita nafkahkan, nescaya Allah akan menggantikan dan membalasnya. Hal ini diumpamakan sebagai pin-jaman sebagaimana yang pernah dicatat dalam hadis qudsi,

“Siapakah yang mahu meminjamkan, tanpa kezaliman dan menyeksa diri?”
Riwayat Muslim

Nampak betapa konsep sedekah itu dianggap pinjaman oleh Allah dalam Islam? Allah janji, setiap sedekah yang dikeluarkan, akan diganti semula dengan berkali ganda dari apa yang kita keluarkan. Allah berfirman yang bermaksud;

“Maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.”
Surah al-Baqarah: 245

Jika kita bertanya, Allah ganti dengan bentuk apa? Wallahi, banyak! Salah satunya, adalah Ketenangan Dan Kelapangan Hati kita. Faktor yang terpenting dalam hidup kita, bukan?

Hidup ini, biar jiwa kita terasa lapang untuk membuat perkara-perkara yang Allah suka. Jangan jiwa kita menjadi sempit dan sesak, kerana membuat perkara-perkara yang Allah murka.

Kesimpulan
Sedar atau tidak kita ini, acapkali belenggu yang mengikat jiwa kita adalah dari belenggu yang membuatkan tangan kita terikat.

Harta itu adalah kurniaan, yang membahagiakan. Boleh jadi juga harta itu satu ujian, yang mem-binasakan.

Maka, pilihlah kita menjadi orang yang apabila Allah pinjamkan harta, maka dengan harta itu kita memberi keranan Allah.

Selain itu, dengan harta itu juga kita menyebarkan kebaikan di sekeliling kita. Tidak perlu menunggu untuk membuat kebaikan yang besar-besar.

Jika peluang kecil untuk melakukan kebaikan sudah ada di depan mata, maka teruskan langkah kita.