Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tips Simpan Udang ‘Fresh’ Macam Baru Naik Dari Laut. Ikut Tip Aunty Ini.

Biasanya kalau balik dari pasar, barang basah yang kita beli mesti akan dibasuh dan disiang dulu kan sebelum disimpan? Kalau ayam, ia akan dipotong dulu. Buang kulit, lemak, bulu dan darah. Setelah dibasuh, baru disimpan dalam peti ais.

Kalau udang pula, kita akan bersihkan kepalanya, basuh kemudian dimasukkan ke peti sejuk beku untuk kekal segar. Memanglah kalau dibekukan boleh tahan lama, tapi dengan cara simpan semata-mata, selama bilakah ia akan bertahan?

Tahukah anda, udang ada cara simpanannya yang tersendiri supaya ia boleh sentiasa segar walau berbulan-bulan lamanya. Macam mana caranya? Mari ikuti perkongsian Tieok Eng dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official di bawah ini.

Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Ini Tips Simpan Udang ‘Fresh’ Macam Baru Naik Dari Laut

Ni bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama ‘fresh’ macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.

Cara-Caranya:

  1. Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.
  2. Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.
  3. Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,
  4. Air biar sama tinggi dengan udang kat bekas tu.              

Selamat mencuba.

Sumber: Tieok Eng Via siakap keli