MENGENAI SYAITAN
DALAM
sebuah Hadis, daripada Safiyah binti Huyay r.a. dinyatakan bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda, yang bermaksud…….
“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh
darah.” – Muttafaq alayh
[Riwayat Bukhari & Muslim]
Sesetengah Ulama’ telah mengambil sandaran daripada Hadis ini untuk menyatakan
tentang sandaran daripada Hadis ini untuk menyatakan tentang keupayaan syaitan
menembusi batin manusia, menyebabkan berlakunya rasukan.
Berdasarkan keterangan Hadis di atas, juga Hadis-hadis lain yang jelas, ternyata bahawa gangguan iblis dan syaitan terhadap manusia hakikatnya wujud, bukan sesuatu yang mustahil.
Sasaran
utama gangguan makhluk ini terhadap manusia ialah pada otak.
Apabila ini berlaku, ia akan melahirkan simtom-simtom ataupun gangguan yang
berkaitan dengan otak, seperti tidak sedarkan diri, menjerit, bercakap sendiri,
lari dari rumah dan sebagainya yang berlaku dalam keadaan tidak dapat mengawal
diri.
Sasaran gangguan kedua ialah pada hati, menyebabkan timbulnya rasa sedih, kecewa, rasa putus asa, rasa hendak bunuh diri, rasa risau tidak menentu dan sebagainya tanpa sebab yang jelas.
Gangguan juga boleh berlaku serentak pada otak dan hati. Ia boleh berlaku, sama ada seseorang itu dalam keadaan tidak sedarkan diri seratus peratus, ataupun berada dalam keadaan sedarkan diri, namun kesedaran diri itu berlaku pada tahap minimum menyebabkan ia tidak berupaya bertindak atau berbuat sesuatu. Kondisi seumpama ini menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal dirinya seperti yang dijelaskan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa penyeru ke arah berbagai maksiat melalui hati itu ialah satu syaitan sahaja. Sementara setengah-setengah orang yang lain pula mengatakan ianya berbagai- bagai syaitan. Perbezaan pendapat di sini tidak mustahak sama sekali, kerana yang pentingnya ialah menentang syaitan sama ada satu atau ramai yang menjadi musuh kepada manusia itu.
Walau bagaimanapun menurut riwayat-riwayat, syaitan itu adalah ramai, dan setiap jenis maksiat ada syaitannya yang tertentu. Menurut kata Mujahid, iblis itu mempunyai lima orang anak yang masing-masing menjalankan tugas-tugas tertentu menurut arahannya.
Anak-anak iblis itu ialah :
1. Thabr – yang bertugas ketika manusia ditimpa kecelakan atau kematian dengan menyuruhnya merosakkan diri sendiri seperti mengoyak-ngoyakkan pakaian, menampar muka dan apa juga kebiasaan yang terdapat di zaman jahiliah.
2.
A’war – yang bertugas sebagai penghasut melakukan zina dengan menggambarkan
kepada manusia tentang keseronokan dan keindahan-
keindahannya.
3. Masut – yang membisikkan supaya manusia berdusta dan berbohong.
4. Dasim – yang menghasut seseorang supaya marah kepada keluarganya dan menuduh mereka mendedahkan keaibannya.
5. Zalanbur – yang bertugas merayau-rayau di pasar-pasar serta menghasut penjual dan pembeli mengadu terhadap kecurangan yang lain.
Syaitan yang mengganggu manusia semasa sedang bersembahyang bernama “Khanzab”. Syaitan yang mengganggu manusia semasa berwudhu’ bernama “Walhan”.
Menurut riwayat Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang lelaki telah meminta kepada Tuhan agar menampakkan tempat duduk syaitan di dalam hati manusia. Lalu pada suatu malam dia bermimpi melihat jasad seorang lelaki yang jernih hingga boleh tembus dilihat sebelah dalamnya. Ia ternampak syaitan berbentuk seekor katak sedang duduk di sebelah kiri badan di antara bahu dan telinga dengan mempunyai belalai yang halus yang dimasukkan ke hati melalui bahu sebelah kiri itu serta mewaswaskannya. Apabila orang itu berzikir mengingati Allah, syaitan tersebut pun menarik belalainya.
Setengah-setengah golongan yang dikasyafkan telah melihat syaitan dalam bentuk anjing sedang melapah bangkai dan mengajak orang ramai menyertainya. Bangkai itu adalah diumpamakan sebagai dunia.
Penyaksian terhadap bentuk-bentuk syaitan seperti disebutkan itu adalah menggambarkan hakikat syaitan yang sebenarnya. Seperti yang diketahui hati itu mempunyai dua wajah. Satu wajah menghala ke alam ghaib iaitulah pintu masuk bagi ilham dan wahi, dan satu wajah lagi menghala ke alam syahadat (alam yang disaksikan oleh mata kasar).
Tetapi gambaran yang disaksikan di alam syahadat itu tidak menggambarkan hakikat yang sebenarnya, bahkan ia boleh dikatakan lebih berupa sebagai khayalan semata-mata. Misalnya kita melihat seseorang yang cantik rup bentuknya. Tetapi yang sebenarnya batinnya adalah sangat buruk dan hodoh. Ini ialah kerana alam syahadat itu alam saduran.
Sementara gambaran yang terdapat di dalam alam ghaib sebagaimana yang tergambar di hati itu adalah benar-benar menunjukkan hakikat yang selaras dengan sifat seseorang. Jika sifat seseorang itu buruk maka gambar yang disaksikan di dalam hatinya itu buruk juga. Kerana itulah syaitan dilihat dalam bentuk anjing, katak, babi dan sebagainya di dalam mimpi.
Wallahu a’lam..
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih